? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

islamic calendar

TWINS BIRTHDAY

Lilypie - Personal pictureLilypie

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, May 2, 2009

Sebuah Kehilangan part 1

Dari kamar jendela yang terbuka luas, sebuah renungan jauh yang amat sukar untuk dimengertikan. Airmata sudah kering dijuring mata untuk meratapi sebuah kehilangan. Kehilangan yang masih belum bersedia untuk dihadapi. Bukan sahaja untuk berpisah selamanya, sehari dua pun rasanya masih belum mampu. Amat berat dugaanNya kali ini. Bagaimana harus dihadapi hari-hari mendatang tanpa semangat dari teman sekatil. Mengapa begini singkat masa untuk mereka bersama. Hanya setahun dia bergelar seorang isteri. Dan tinggal beberapa minggu sahaja lagi dia akan bergelar ibu. Mengapa takdir ini yang tertulis untukku? Desis hati kecilnya. Namun sepantas itu dia beristighfar. Menyesali keterlanjuran diri. Berdosa merungut pada takdir Illahi. Pesan ustazah sewaktu disekolah rendah masih berlegar-legar dibenak fikirannya. Dia harus kuat demi anak dalam kandungannya. Namun, bagaimana dia harus tabah untuk menghadapinya? Semangatnya benar-benar telah berkubur bersama jasad suaminya. Kenangan itu menjelma.....
"Sayang, selamat hari ulang tahun....",ucapan berserta sebuah kucupan singgah dipipi mulusnya. Dia tersedar dari lenanya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Sebuah lagi kucupan singgah diubun-ubun kepalanya. Hazriey seorang suami yang terlalu romantik. Walaupun perkahwinan mereka tidak pernah mendapat restunya, namun dia redha dengan jodohnya bersama Hazriey. Hubungan kekeluargaan yang akrab diantara kedua ibu bapa mereka telah menemukan mereka sebagai pasangan suami isteri. Biarpun hatinya telah dimiliki ketika itu, namun untuk membantah permintaan orang tuanya, dia tidak punya kekuatan. Ayahnya seorang bekas tentera dan sikap tegasnya tidak mampu ditembusi oleh senjata apa pun. Kerana itu, apa sahaja permintaan ataupun arahan yang diterima daripada ayahnya akan dituruti tanpa sebarang alasan ataupun hanya sekadar sebutir perkataan. Diakui, perkahwinannya bersama Hazriey amat menyeksakan permulaannya. Dua minggu pertama perkahwinan mereka amat hambar. Sikap acuh tidak acuhnya kepada Hazriey membuatkan suaminya itu sering makan hati. Namun sikap sabar Hazriey telah melembutkan hatinya. Dia mula menerima Hazriey sebagai teman hidup. Setahun bersama Hazriey membuatkan hidupnya bagaikan seorang puteri. Hazriey terlalu sempurna sebagai seorang suami. Setiap bulan mereka menyambut ulangbulan perkahwinan mereka. Setelah disahkan mengandung, dia disuruh berhenti kerja. Setiap hari sebelum keluar berkerja Hazriey akan menghantarnya kerumah ibu bapanya. Hazriey bimbang dia bersendirian dirumah. Setelah pulang dari pejabat Hazriey akan mengambilnya. Begitulah rutin hariannya sejak dia disahkan mengandung 7 bulan lalu.
"Kenapa sayang abang menangis? Sayang tak bahagia ke hidup bersama abang?",Hazriey mengangkat dagunya. Lantas sebuah lagi kucupan singgah didahinya. Lantas dia dipeluk erat.
"Abang nak hidup seribu tahun dengan sayang. Abang bahagia sangat memperisterikan sayang. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada abang, sayang jagalah diri dan anak kita baik-baik ye?",ucap Hazriey. Kali ini dia tersentak. Lantas pelukan erat dilepaskannya. Dia memandang tepat kedalam mata suaminya untuk mencari makna disebalik ungkapan suaminya tadi.
"Kenapa bang? Abang sakit kah? Jangan takutkan saya macam ini",rintihnya dalam kesayuan. Airmata kembali bergenang dibirai matanya.
"Bukan macam tu, sayang. Sudahlah jangan dikenang kata-kata abang tadi. Sekadar ingatatan sahaja buat sayang",dalih Hazriey. Entah mengapa sehari dua ini perasaannya lain sekali. Dia sendiri tidak pasti. Namun, dia hanya berserah kepadaNya.
"Abang ada sesuatu buat sayang. Tapi abang nak sayang tutup mata dulu",ujar Hazriey sambil dia berjalan menuju ke almari baju mereka. Dia mengeluarkan sebuah beg. Lantas diletakkan dihadapan isterinya.
"Okey, sekarang sayang buka mata",arah Hazriey. Perlahan-lahan matanya dibuka. Lama dia merenung beg hitam dihadapannya. Dari pengamatannya ia adalah sebuah komputer riba. Namun dia tidak pasti.
"Kalau renung macam tu, beg itu tak boleh terbuka sendiri, sayang",seloroh Hazriey. Seraya itu sebuah cubitan singgah dilengan sasanya. Dia tertawa gembira. Kemudian dia lantas membukakan beg hitam itu untuk isterinya. Sebaik sahaja melihat isi beg itu, matanya terbuka luas. Kaget seketika. Sebuah komputer riba dikeluarkan oleh suaminya daripada beg hitam itu. Memang benar telahannya. Komputer riba itu telah lama diidamkannya.
"Abang tahu sayang suka menulis. Abang hadiahkan lap top ni untuk sayang menulis. Abang nak sayang jadi penulis terkenal suatu hari nanti",ucap Hazriey seraya mengucup lembut pipi isterinya. Sekali lagi airmatanya gugur menitis dipipinya. Hazriey memang seorang suami yang amat memahami. Dari kecil dia amat meminati bidang penulisan. Namun, kerana bapanya telah mengarahkannya untuk mengambil kursus pengurusan hotel, dia terpaksa menurut. Setelah bergelar graduan dia telah diterima berkerja dengan sebuah hotel bertaraf lima bintang. Itu pun adalah kerana pengurus hotel itu kawan baik ayahnya. Setelah berkerja dihotel, minatnya untuk menulis terpaksa dilupakannya. Namun jika ada kelapangan dia akan mengikuti bengkel-bengkel penulisan yang sering diadakan dihotelnya. Kini minat itu akan dapat direalisasikan dengan adanya komputer riba pemberian suaminya.

2 comments:

zh-ena said...

mcm best jea citer nie..aper name novel dia dah??

lannida said...

lum ada tajuk g.... he..he...novel nih aku tulis sendiri...