? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

islamic calendar

TWINS BIRTHDAY

Lilypie - Personal pictureLilypie

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, May 4, 2009

Sebuah Kehilangan part 3

Masa berlalu terlalu pantas sehinggakan 3 hari yang berlalu tidak terasa dek kerana terlalu gembira. Aisya merasa amat bahagia dan gembira berada disisi Hazriey. Andai mereka adalah manusia terkaya didunia, pasti dia merintih dan memujuk Hazriey untuk terus tinggal disana barang setahun dua. Ah, apa salahnya sekadar berimaginasi untuk menggembirakan hati sendiri? Tukasnya didalam hati. Hatinya bertambah berbunga apabila mengenangkan sewaktu perjalanan turun nanti mereka akan singgah di Lata Iskandar. Entah mengapa dia teringin benar merasai kedinginan air terjun bukit bagai yang pernah didengari dari beberapa teman yang pernah berkunjung kesitu. Dek kerana terlalu teruja, hinggakan dia tidak menyedari kemurungan Hazriey sejak mula-mula masuk kedalam kereta. Setelah lima minit perjalanan, baru dia tersedar yang Hazriey tidak berbicara waima sepatah kata. Hatinya dirundung kegelisahan melihat perubahan mendadak Hazriey.


"Abang...ada masalah ke? Abang nampak lain sekali?",soalnya memula bicara. Hanya keluhan kecil yang dibalas Hazriey membuatkan hatinya kian gusar.


"Saya ada buat salah? Ataupun abang masih keberatan untuk membawa saya ke Lata Iskandar?",Aisya mula manarik wajah mencuka. Dia dapat merasakan bahawa Hazriey keberatan untuk menunaikan impiannya kali ini. Lima minit berlalu, tanpa ada sebutir perkataan sebagai jawapan kepada soalannya. Hatinya semakin sebal. Dia dapat merasakan bahawa Hazriey sedang mencari helah untuk tidak ke Lata Iskandar. Itu telahannya sendiri.


Sampai di persimpangan ke Lata Iskandar, Hazriey membelokkan keretanya. Hati Aisya yang berbunga riang sebentar tadi masih lagi sebal dengan sikap Hazriey yang terusan membisu. Setelah memakir kereta, Hazriey keluar lantas membukakan pintu kereta untuknya. Aisya terkaku. Sikap Hazriey memang sukar dijangka. Hanya dalam sekelipan, sikapnya berubah mendadak.


"Silakan tuan puteri ku sayang...",seloroh Hazriey sambil mendepangkan tangannya. Aisya sekadar mengerling manja kepada suaminya. Tidak menghiraukan huluran tangan Hazriey, dia berusaha untuk bangun sendiri. Berpura-pura merajuk agar terusan dipujuk oleh suaminya. Namun, Hazriey terus berlalu meninggalkannya. Perut yang semakin membesar, menyukarkannya untuk memintas Hazriey yang semakin pantas meninggalkannya dan sekelipan telah hilang dari pandangannya. Dia terpempan. Mengapa suaminya itu bagaikan sudah tidak dikenali? Mengapa tegar sungguh hati lelaki itu meninggalkannya sendirian di sini? Aisya mula kegelisahan. Memaling kebelakang untuk kembali ke kereta, namun terasa agak jauh. Untuk terus ke hadapan, tidak tahu arah tujuan. Di gagahkan kaki melangkah ke kedai berhampiran untuk melepaskan lelah seketika.


Sewaktu sedang menikmati udara segar setelah berjaya menjejakkan kaki di kedai makan itu, hampir gugur jantungnya apabila jambangan bunga yang besar muncul tiba-tiba dihadapannya. Dia cuba meninjau-ninjau untuk melihat wajah empunya jambangan bunga besar itu. Dari penampilan lelaki itu, dia pasti bukan kepunyaan Hazriey. Lelaki itu bertubuh tinggi dan besar. Terpacul seraut wajah lelaki Inggeris sambil tersenyum manis kepadanya. Aisya cuba mengamati wajah yang tidak pernah sekalipun singgah di memori ingatannya.


"This is for you, sweet lady...",ujar lelaki Inggeris itu sambil menghulurkan jambangan bunga. Aisya kaget. Mengapa lelaki itu memberikan bunga kepadanya. Beberapa mata pengunjung yang ada di situ terarah kepadanya sambil tersenyum simpul. Matanya melilau mencari kelibat suaminya. Bimbang sekiranya suaminya tersalah anggap kepadanya. Aisya hanya membiarkan jambangan bunga yang dihulur tanpa menyambutnya.


"Ambillah, sayang... You deserve it....sweet lady",. Bisikan di telinganya itu benar-benar membuatkan jantungnya hampir luluh. Sepantas itu, dia menoleh dan seraya itu satu tumbukan hinggap di dada suaminya. Hazriey tertawa galak melihatkan rona wajah isterinya berubah merah. Beberapa pengunjung yang menjadi saksi kemudian tertawa melihat telatah mereka suami isteri. Airmata bergenang ditubir mata Aisya. Hazriey memang seorang lelaki yang penuh dengan kejutan. Dan Aisya amat bahagia dengan setiap kejutan Hazriey.


Setelah mengucapkan terima kasih kepada lelaki Inggeris yang sudi membantunya, Hazriey memimpin tangan isterinya untuk menikmati keindahan air terjun Lata Iskandar. Mereka kelihatan sebagai pasangan yang paling bahagia.

0 comments: