? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

islamic calendar

TWINS BIRTHDAY

Lilypie - Personal pictureLilypie

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Thursday, July 9, 2009

Al Fatihah buat ayahandaku Jahari b Ismail

Lama aku tak menulis kan? Aku masih dalam tempoh berkabung. Aku baru kehilangan abah. Tapi aku redha diatas ketentuan Illahi. Dah lama abah menderita penyakit buah pinggang. Hospital selayang tuh dah macam rumah kedua abah. Memang aku sedih. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur kerana penderitaan penyakit buah pinggang yang dialaminya telah pun berakhir. Tanggal 4/07/09 akan kekal segar dalam ingatan aku. Pagi itu aku sempat lagi menulis blog aku. Aku bercuti hujung minggu hari itu. Selesai menulis blog, aku terus mandi dan keluar beli sarapan untuk suami dan anak2. Selesai bersarapan, aku mengajak suami keluar berjalan-jalan. Tapi suami aku menolak, mengatakan dia masih keletihan. Dia ingin berehat sebentar. Aku yang kebosanan terus memasang dvd korean series “My Girl” yang ku kirim beli dengan kakak ipar bos aku sewaktu diaorang ke Penang tempohari. Habis satu episod cerita korean tuh, aku dapat panggilan. Aku tengok nombor mak. Aku pun terus mengangkat dengan tanpa rasa cemas. Sebab mak memang selalu telefon waktu cam tuh. Mesti suruh datang rumah dia, sebab rindu dengan si kembar. Kebetulan malam sebelumnya aku tak pergi rumah mak. Balik keje tuh, aku letih gila. Tu yang tak pegi umah mak. Apabila aku jawab telefon, adik ipar aku suruh aku datang rumah. Aku tanya kenapa. Dia kata abah tak boleh bercakap dan tak boleh makan. Aku dengan tak dek rasa apa-apa, terus kejutkan suami aku. Aku minta izin nak ke rumah mak. Selalunya kalau aku dengar berita tentang abah, aku akan cemas. Tapi entah kenapa hari itu aku terlalu tenang. Kebetulan suami aku nak ikut aku kerumah mak. Sementara tunggu suami aku bersiap, aku pun menyiapkan si kembar. Sampai jek kat rumah mak, aku terus meluru melihat abah. Aku lihat keadaannya agak mencemaskan. Nafasnya tercungap-cungap. Aku terus duduk disisinya sambil mengurut-urut dadanya. Aku tanya pada abah “Abah sakit?”,. Abah hanya mengangguk. Aku tanya lagi kat bahagian mana yang sakit. Dia jawab seluruh badan. Hatiku terus berdetak. Tapi kemungkinan itu kutolak ketepi dahulu. Aku menjadi sangat tenang waktu itu. Langsung tak ada air mata menitis walaupun mak dan kak long dah bercucuran air mata. Aku terus ajak suami bawa abah ke hospital. Suami cari orang untuk tolong dia angkat abah. Setelah beberapa kali mencuba untuk mengangkat abah, kami tidak berjaya. Ini disebabkan oleh badan abah yang lemah dan tidak berdaya. Dia juga tidak berdaya untuk duduk dengan betul kerana sebelah badannya tidak dapat digerakkan. Aku mengambil keputusan untuk menelefon ambulan untuk membawa abah ke hospital. 20 minit kemudian, ambulan dari hospital sungai buloh tiba. Abah terus dibawa kehospital dengan kadar segera. Aku dan suami mengikut ambulan dengan kereta. Tapi kami tiba lewat 15 minit dari ambulan kerana kami mengisi minyak kereta. Aku anak pertama yang tiba di hospital. Kak long, mak dan adik sampai 10 minit selepas itu. Waktu aku sampai di hospital, aku terus meluru bertemu doktor. Hatiku terus luluh bila doktor menyatakan bahawa keadaan abah sangat kritikal. Aku takut kemungkinan itu akan berlaku. Aku terus menghubungi dua orang lagi kakakku di kampung, nyatakan tentang keadaan abah. Kak ngah terus bergegas pulang. Dia yang masih berkerja, terus sahaja meninggalkan kerjanya. Tpi kak cik, masih tiada tindakan. Dia sekadar meminta aku memaklumkan keadaan abah dari semasa ke semasa. Aku sedih dengan kenyataannya. Dah la selama ni, sewaktu aku kata abah tengah sakit terlantar, belum ada satu hari pun, yang dia pulang menjenguk. Sedang di saat abah kritikal ni pun, dia boleh berkira-kira lagi nak balik atau tidak. Aku yang dah tak kuasa nak bercakap dengan dia, terus sahaja memutuskan panggilan. Aku rasa kecewa dengan dia. Tepat pukul 3.20 kak ngah tiba dihospital. Dia sempat berjumpa abah dan mengatakan dia dah sampai. Abah hanya mengangguk. Tapi keadaannya masih berbahaya. Doktor mengambil keputusan untuk transfer abah ke selayang hospital. Sebab di sana ada pakar buah pinggang. Tepat jam 3.45 kami bergerak mengiringi abah ke selayang. Hanya mak yang menaiki ambulan menemani abah. Aku, kak ngah dan adik menaiki kereta ke hospital. Kak long, suami dan anak2 angah terus pulang kerumah. Sampai di taman ehsan, kak long telefon mengatakan bahawa abah masih dihospital sungai buloh. Ada masalah untuk transfer abah ke selayang. Aku terus kol mak, dan mak pun menyatakan perkara yang sama. Kami berbincang sesama sendiri, dan mengambil keputusan untuk tidak patah balik. Sementara menunggu panggilan mak, kami mengisi perut yang dah berbunyi2. Walaupun tidak berselera, kami tetap kene mengisi perut juga. Selesai makan, mak telefon mengatakan mereka sudah dalam perjalanan. Kami terus membayar makanan, dan bergegas ke hospital selayang. Sampai di hospital ambulan abah telah tiba. Setelah selesai pendaftaran, abah di tempatkan di wad 7A katil 6. Kami terus menuruti abah di wad berkenaan. Sampai di wad, doktor sedang merawat abah. Kami hanya menanti dengan debaran. Kemudian doktor menemui kami, dan menyatakan bahawa keadaan abah sangat kritikal. Waktu inilah, barula airmataku laju menuruni pipi. Aku faham bahasa seorang doktor, sekiranya dia menyatakan keadaan kritikal, bermakna tidak ada harapan lagi. Lagipun doktor menasihatkan kami menghubungi seluruh ahli keluarga dan berharap bahawa kami tidak meninggalkan abah. Kami terus menghubungi semua adik beradik abah dan mak untuk memaklumkan keadaan abah. Melihat keadaan abah yang terlantar dengan alat bantuan pernafasan, aku tak mampu menahan sebak didada. Aku menangis. Selama ini aku telah melihat keadaan abah dari masa ke semasa. Tpi aku dapat merasakan bahawa hari itu aku akan melihatnya untuk kali terakhir. Aku benar2 sedih. Aku hubungi suami di rumah. Dia terpaksa menjaga si kembar. Dia hanya sekadar menenangkan dan menasihatkan agar aku tabah menerima ujian Allah s.w.t kali ini. Dia menyuruhku terus berdoa agar abah selamat.
Selesai aku bersolat maghrib, doktor datang memeriksa abah. Kali ini kenyataan doktor benar-benar menguatkan rasa hati aku. Abah semakin kritikal. Tekanan darahnya semakin menurun. Aku masih tetap setia membacakan yassin untuk abah sejak dari mula kami tiba di hospital selayang ini. Kak ngah dan mak silih berganti mengajar abah mengucap. Aku pun setelah selesai membaca yassin, akan membisikkan kalimat Allah ditelinga abah. Aku syukur kerana abah tidak kelu. Walaupun tidak ada butiran kalimat keluar dari mulutnya, namun pergerakan bibirnya menyatakan bahawa dia sedang berzikir bersamaku. Sepanjang malam itu, kami tidak berhenti melakukan yang terbaik untuknya. Tepat jam 9 malam, semua anak2 abah telah berkumpul kecuali kak cik yang masih dalam perjalanan. Kalaulah dia dengar kata aku siang tadi, tentu saat ini dia juga dapat berkumpul bersama kami. Setengah jam selepas itu, Sani terpaksa pulang sebab anaknya tidak berhenti2 menangis. Mungkin petanda buat kami, tapi kami tidak mengerti. Sewaktu sani membisikkan ke telinga abah bahawa dia terpaksa pulang aku lihat ada air mata yang bergenang ditubir mata abah. Dia menggenggam erat tangan sani. Aku semakin sayu melihat keadaan itu. yassin yang ku baca rasa tersekat2 dek sendu yang beraja. Jam 10.30 doktor menemui kami. Dia ingin mendapatkan darah abah untuk diuji. Sejurus sebelum itu, kami sempat membasahkan tekak abah dengan air yang kami basahkan dibibirnya yang kering. Sewaktu doktor dan nurse sedang berkerumun untuk mengambil darah abah, dari celahan kain yang terbuka, aku dapat melihat keadaan abah semakin kritikal. Aku lihat abah tidak lagi menyahut apabila dipanggil. Nurse dan doktor semua telah berkumpul di katil abah. Aku dapat menjangkakan sesuatu telah berlaku. Tepat jam 11, doktor mendapatkan aku dan kak ngah yang masih berada disitu. Kak long, mak dan adik sedang berehat di ruang menunggu. Doktor menyatakan bahawa jantung abah telah berhenti 10 min yang lalu. Dia berjaya mendapatkan jantung abah kembali setelah berusaha melakukan CPR. Tapi dia tidak jamin berapa lama jantung abah mampu berfungsi. Airmataku semakin laju menuruni pipi. Aku terus memaklumkan kepada kak long, mak dan adik. Masing2 luluh. Sewaktu kami menemui abah, seorang nurse sedang membantu mengepam jantung abah. Kami terus membacakan yassin untuk abah. Waktu itu juga, adik abah dari sg besi tiba. Aku dan mak cik membacakan yassin. Kak long, mak, kak ngah dan adik bersilih ganti membisikkan kalimat Allah di telinganya. Tepat jam 11.25 abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kami sekeluarga pasrah dan redha. Saat itu, aku dapat merasakan bahawa aku telah kehilangan abah yang selama ini aku kasihi. Saat itu juga terbayang saat2 aku pernah menderhaka padanya. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. Ampunkan Ida, abah. Selesai mendapat pengesahan daripada doktor, jenazah abah dihantar kebilik mayat. Kebetulan brader yang keje kat bilik mayat tu offer supaya jenazah abah siap dimandi dan dikapankan di hospital. Mulanya mak tak setuju sebab dia nak jenazah abah di mandikan dirumah. Tapi setelah kami semua berbincang dan mengambil kira tempat dan orang2 yang akan memandikan jenazah abah, kami nekad menerima tawaran hospital. Jenazah abah di bawa balik kerumah setelah siap dimandi dan dikapankan. Jenazah tiba dirumah tepat jam 4 pagi. Sepanjang malam sehingga jenazah abah dibawa untuk disembahyang dan dikebumikan pada pukul 9.30 pagi, aku dan kak cik bergilir-gilir membacakan yassin dan al-quran untuk jenazah. Walaupun mata aku dah semakin layu, kepala aku dah rasa berdenyut, namun aku tetap gagahkan diri untuk menjaga jenazah abah. Aku ingin mengikut jenazah abah dikebumikan. Tapi apakan daya, anak2 aku tak mahu ditinggalkan. Aku sekadar mewakilkan suami pergi menguruskannya. 3 hari selepas pemergian abah, baru kami adik beradik menziarahi pusara abah. Walaupun telah 5 hari berlalu, namun ingatan pada abah semakin kukuh. Dan seolah-olah sukar untuk kukikis dari ingatanku. Setiap kali selepas bersolat, aku pasti mendoakan untuk arwah dan setiap kali itulah air mataku tidak kering mengalir. Aku masih belum kuat untuk pulih seperti sediakala. Keadaan semakin syahdu, lebih-lebih lagi selesai bersolat maghrib. Saat itu, ingatan terhadap abah terlalu segar. Semoga roh abah aman di sana. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga dijauhkan dia dari azab siksaan kubur dan api neraka... amin.... Abah, anakmu ini memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini anakmu ini terlalu banyak melukai hatimu. Anakmu ini terlalu kerap menyakitimu. Anakmu ini sering membuatmu kecewa. Aku berjanji, aku akan berubah menjadi anak yang solehah untuk mendoakan mu, disana. Al Fatihah buat arwah Jahari bin Ismail.

Glitter Text Generator

3 comments:

Zura Tahir said...

al-fatihah...semoga ko tabah hadapi segalanye...

iman said...

uwaaaaaaa sedihnyer, kuatkan semangat idah, menangis xper jgn meratapi nnt terseksa arwah....moga y terbaik untuk arwah di sana......

zh-ena said...

nangis aku baca entry ko kali nie..aku doakan kesejahteraan ayah ko di alam sana..