? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

islamic calendar

TWINS BIRTHDAY

Lilypie - Personal pictureLilypie

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, November 4, 2009

CONFUSE...............

Aku ada masalah problem ler...

aku sebenarnya dh lewat period 5 hari... so, semalam aku dh buat urine test. dan kompom negatif. pas tu aku just tinggalkan tester tuh kat atas meja. lepas 2 jam, aku cube tengok balik, dan still satu line. kerana dah terlalu kompom, aku pun terus tido. bangun pagi kul 1 pg sbb nk buang air, aku intai lagi tester tuh. tetiba aku terkejut, sbb tetiba kat line yg + tuh ada cam dot / garis yg tak lurus ler... so, apa pendapat korang? adakah aku pregnant? aku confuse ler...

cam ne erk? ape yg patut aku buat skang nih?

cube bg pendapat sket geng

Tuesday, October 20, 2009

Entry khas untuk ra & z




dari kiri LIN, DIANA, KAK AZIAH, aku yg paling cun, dan YUS. sume nih collegue aku... lin ngan diana skang tengah pregnant, manakala yus plak baru selamat melahirkan bby gurlz... masa gambar nih diambil 2 tahun lepas, dorang masih single mingle...
selain dari z dan ra, mgkin heran nape aku wat entry nih... tak pe lar... untuk menunaikan permintaan z.. aku tunaikan gak... aku mls nk komen kat sini, sbb takut situan badan terbaca plak nnti. haru biru... harap2 z and ra akan paham. sape2 yg berminat nk tahu tuh, sila rujuk kepada ra n z ek??? he..he..

CUBA KORANG TERJAH...

To All my blogger friends yang ada bb yang still pakai dispo diapers tuh, cuba2 lar korang terjah blog nih... dia ada jual Cloth Diapers yang mana boleh dibasuh dan digunakan semula. selain dari menjaga alam sekitar, ianya juga menjaga poket kita supaya tak kering cepat. Kalau aku masih ada bb, aku pasti akan cuba gunakan CD nih... g lar tengok kengkawan...

mana tau berkenan... aku promote free jek nih... orang nya pun aku tak kenal... tapi tadik masa jalan2 cari blog.. terjumpa plak blog dia...

http://clothdiapers-n-all.blogspot.com/

Thursday, October 15, 2009

SYOKNYE....

Erm... mmg tengah sonok gler nih. Report dah siap. bos plak tak dak. lagi ++ SONOK ler... he..he.. kalau slalu cam ni, kan beh...

Hari nih tak dek lar cite menarik sgt. tapi pagi tadik aku masuk lewat sket. sbb g daftar kan persekolahan si kembar. sekejap jek masa berlalu, tahun depan dorang dh 5 tahun. dah kene skolah. bagus betol lar tadika titian ilmu kat kg setia tuh. aku pun dapat info dari kawan2. mmg masa pegi tadi, pengasas dia dh menerangkan secara detail kepada aku dan hubby. setiap pagi kelas bermula jam 8 pg. sampai jam 10 pagi adalah waktu untuk belajar english, math and bahasa. 10 pagi waktu rehat selama 15 minit. selepas rehat, bermula kelas fardu ain. sampai jam 11 lebih. habis kelas fardu ain, semua pelajar akan balik ke taska yang bersebelahan jek ngan skolah (kalau ikutkan dalam satu kawasan berpagar, cuma bangunan berlainan). mereka akan mandi dan bersiap untuk mengaji pulak. habis jek mengaji, mereka akan diberikan makan tengahari dan seterusnya aktiviti bebas sampai diambil oleh parents pada sebelah petang. menarik kan? macam skolah asrama pun ada aku dengar. Tapi mmg menarik lar sebab bayaran pun murah gak. satu kepala rm170. so, untuk sikembar, aku terpaksa spent RM340 sebulan. kira okey lar, sbb skang nih aku anta kat baby sitter pun aku bayar rm250. tambah lar sket, yg penting anak2 aku berilmu. kuar lebih sket tak pe, yang penting berbaloi dengan apa yg kita spent tuh...betol tak? tak pe kengkawan yg lain, anak aku sbg eksperimen. kalau tmpt tuh mmg bagus, len kali anak2 korang pun anta skali ek? he..he.. promote lelebih macam lar ada komisen.

tak sangka kan, rasa macam baru jek aku berhempas pulas melahirkan dorang, tahu2 dh nak g skolah. memang cepat betol masa berlalu skang neh.... semakin besar anak2 kita, rasanya baru aku sedar yang aku nih dah semakin tua..he..he.. macam baru jek smlm g skolah... kacau kawan2 dalam kelas, paling tak leh lupa, aku penah dajal basratul yang masa tuh jadik ketua kelas. kebetulan meja aku tuh jadik jamban seekor burung yang kurang asam (dia berak kat meja aku). masa tuh lepas coti kalau tak salah. so, najis itu sudah kering. aku punyalar jahat, aku panggil basratul datang tmpt aku. aku g tau kat dia, yg aku baru belajar satu tilikan. kalau nak tahu bape orang anak kita lepas kawin nnti, kene gosok2 tapak tangan atas meja aku. tanpa sedari dia telah tertipu, dia pun ikutkan kata aku. yg aku bengang tuh, kengkawan aku nih sume jenis tak leh pakai. tapi nasib baik, lepas habis najis itu disapunya dengan tangan dia tuh, member2 aku yg tak leh pakai tuh pegi gelak besar...bile sedar dia dh terkena, dia mengamuk ngan aku. aku rasa sebulan dia tak bertegur sapa ngan aku... ish! ish! teruk betol perangai aku dulu kan? jahat betol... nasib baik lar dia tak dendam lama ngan aku. dan nasib baik gak, dia sudi juga datang umah aku masa open house hari tuh... he..he.. kekadang aku risau gak, mana lar tau si kembar aku tuh akan menurut perangai tak bermoral aku tuh.. hish! mintak lar dijauhkan....

Wednesday, October 14, 2009

LAMANYE TAK UPDATE....

Salam,

Firstly nak ucap tahniah to my office collegue kerana telah selamat melahirkan seorang baby gurlz pada 08.10.2009. Dia nih mmg byk hampir persamaan dengan aku. Wedding anniversary dia pada 10.01, aku 09.01. Anak aku lahir 06.10. Anak dia plak 08.10. Hampir kan? Suami dia bisnesman. sama gak ngan hubby aku. He..he.. kebetulan...

Secondly, rasanya belum terlambat nak congrats kat imah jugak. Dia pun dah selamat melahirkan baby boy. wah, pas nih imah bleh tutup kedai lar. dah cukup korum.. he..he.. selagi bergelar isteri dan selagi belum menopous tak kan ttup kedai, ek? ha..ha..

Third, aku nk say thanks to all my frinds dan kenalan yang datang ke majlis rumah terbuka dan birthday party my twins hari tuh. meriah sangat. dan aku cukup berpuas hati sebab semua makanan yang aku hidangkan habis hari tuh. maknanya budget aku ngam-ngam lar. tapi sedih gak sebab tak dapat bekalkan untuk family hubby yg balik ke pahang. kesian dorang dari pagi menolong aku... tapi tak dek plak bekal tuk dorang. tapi nasib baik hubby aku telah bertindak pantas dengan memberikan duit belanja pada mak lang dia...he..he..

Fourth, aku nak cite pasal kenduri tahlil 100 hari pemergian arwah abah yang diadakan pada ahad lepas (11.10.2009). Huh! hari itu memang hari yang cukup memeningkan kepala. bayangkan aku dengan sibuk memasak untuk kenduri, mana lagi nk pikir untuk memenuhi undangan majlis open house yang aku terima. hari tuh jek aku terima 3-4 jemputan. nak di abaikan, rasa segan plak. sebab dorang berusaha datang ke majlis aku hari tuh. nak tak nak, pagi-pagi lagi aku dah smpi umah mak aku. dalam kul 7.30 kut. sampai jek terus masak. sbb sume barang untuk masakan kami dh prepare malam tuh. jadik pagi tuh tinggal masak memasak. mak aku nih mmg beruntung. sebab sume anak ppuan dia pandai memainkan peranan sendiri. aku dan kak ngah memang akan jadi chef setiap kali kenduri. kak cik plak tugasnya mengemaskan dan membersihkan segala peralatan setelah aku dn kak ngah siap memasak. kak cik akan buat sampai siap untuk hidangan tetamu. kak long plak dia biasanya akan mengemas bahagian dalam rumah. jadi cukuplar tugas yg harus kami pikul setiap seorang. sani plak, skang nih terpaksa bertindak sebagai ketua rumah. biasanya dialar yang akan ditugaskan untuk menjemput tetamu dan orang-orang masjid. nasib baik, bleh gak diharapkan mamat sorang tuh. cuma sopi jek yg aku hangin sket. orang sibuk bertahlil, dia sibuk ngan bermekap tebalnye. dok kulu-kilir tak dek arah. aku bengang gler. ntah nak jadi hapa. puas dah aku nasihatkan, tapi seolah-olah mencurah air kedaun keladi. huh! aku kalau dah bermadah bagai mmg dah tahap marah sangat lar tuh... Aku harap satu hari dia diberikan hidayah oleh Allah s.w.t untuk berubah. Amin.. berbalik pada tugas aku tadi, kami siap memasak tepat jam 11 pagi. pas tuh, aku mintak izin kat mak aku nak blik umah untuk bersiap. kebetulan masa nk balik tuh, mak cik aku yg dari perak tuh nak ikut plak. sbb tak pernah bertandang kerumah aku lagi. kak ngah aku pun nak ikut jugak. sbb nk merehatkan badan dan melelapkan mata sekejap katanya. aku pun hangkut lar dorang lepak umah aku, sambil beraya lar. sambil dorang makan-makan kuih raya, aku pun bersiap. pukul 12, suami aku ajak g umah jiran aku yg kebetulan buat open house. aku pun g jugak lar kejap. tunjuk muka at least. sbb dia pun datang umah aku hari tuh. makan ala kadar, aku pun terus lek umah. pas tuh kami semua keluar dari umah aku untuk menuju kerumah mak aku. nasib baik aku ada 2 kereta, jadi aku suh kak ngah bawak kete aku, dan kami plak naik kete hubby aku. sbb destinasi kami masih ada dua open house sebelum smpi umah mak aku. selesai 2 open house tuh, kami terus kerumah mak aku. sbb majlis tahlil akan bermula selepas solat zuhur. majlis kat rumah mak aku selesai lebih kurang kul 4 petang. siap kemas mengemas, aku pun blah dari umah mak aku. smpi jek kat umah, mandi-mandi, solat asar. bergerak plak kerumah mak mentua aku yg jugak wat open house hari tuh. balik dari umah MIL, aku smpi umah tepat2 azan isya'. aku pun tukar baju, solat isya' dan terus BOOOOOMMMMM ZZZZZZZZZZZZZZZZZ. penat weh. tuh cite minggu lepas. untuk minggu nih plak, aku dah ada 3 jemputan open house. aduh! mana lar berat aku tak +++++. asik makan jek kejenya. tak pe, habis musim raya nih, aku akan concentrate diet aku balik...he...

Wednesday, October 7, 2009

ZON MASAKAN...JOM TRY...

Untuk teman-teman blogger yang bertanya resipi rendang daging dan ayam goreng berempah yang aku hidangkan masa open house umah aku hari tuh, silalar jenguk2 kat bawah nih ek....


Bahan2 untuk perap ayam :-

AYAM
*SERAI
*KETUMBAR
*JINTAN MANIS
*JINTAN PUTIH
*BAWANG KECIK
*BAWANG PUTIH
*SERBUK KARI
*CILI GILING
*GULA
*GARAM
DAUN KARI

Semua bahan yang bertanda * dikisar.

setelah bahan2 semua siap dikisar, masukkan kedalam bekas yang berisi ayam yang telah siap dipotong dan dibersihkan. Kemudian perap selama satu malam, goreng pada keesokan harinya.

RESIPI RENDANG DAGING

DAGING
*KUNYIT HIDUP
*LENGKUAS
*JINTAN MANIS
*JINTAN PUTIH
*BAWANG MERAH
*BAWANG PUTIH
*CILI GILING
*CILI API
*SERAI
DAUN KUNYIT
KERISIK
SANTAN PEKAT

1) Semua bahan yang bertanda * hendaklah dikisar
2) Setelah semua bahan siap dikisar, panaskan minyak didalam kuali.
3) Setelah minyak panas, masukkan rempah tumis (kulit kayu manis & Bunga lawang).
4) Masukkan semua bahan yang dikisar untuk ditumis sehingga naik bau.
5) Masukkan daging & kerisik tunggu sehingga daging empuk (lebih kurang 1 jam - bergantung kepada kuantiti masakan)
6) Setelah daging empuk, masukkan santan pekat.
7) Tunggu sehingga kering. (Jika ingin rendang berkuah, tambah sedikit air)
8) Rendang siap untuk dihidang.

Friday, October 2, 2009

TENSEN HAKU

Aku nak cuba tukar layout blog haku... tapi tak menjadi... bukan pe, kalau aku download layout baru, sume widget aku hilang... tensen tul... dah byk kali cobe, tak menjadi gak. akhirnya aku tukar lar Font & Colours jek... Nyampah lar...

Thursday, October 1, 2009

apa sudah jadik ngan blog aku????

Kengkawan,

Cube korang tolong aku sket... aku pun tak tahu pe dah jadik ngan blog aku... sebab kalau aku cube nk upload gamba...then aku publish post, jadik cam pelik... gamba yg aku upload tuh, jadik cam tulisan pelik2 yg kuar.... ra, na, cube korang tolong repair sket blog aku nie...

Tuesday, September 29, 2009

dah keje

Seminggu coti raya...rase cm x puas plak... Mana x nye. Seminggu jadual aku full btol... 1st day raya, aku kat umah mak aku. Nasib bek, suami aku mmbtlkn niat die nk smbt raya kt kg die... Mau x nye, mlm sbelom nk lek kg tue, aku nangis jek.. May b die sian ar tue. Bjaya gak aku mempengaruhi die..he..he..
Pas g kubur pg raya tue, kami terus g umah mak mentua aku kat wangsa maju... Mkn lebih kureng, pas zohor terus gerak lek kg my hubby.. Smpi jek kt kg, aku terus collaps.. Mmg mase kt umah g aku dah rase semacam. Cm nk dmm.. Aku bntai tido smpi ptg... Sbelom tu blasah panadol 2 bijik. Bgn jek ptg tu, alhamdulillah, segar dah. Tp aku dserang sesema dan btuk plak. Smpi skang lum bek. Raya ke3 aku lek cni, bmula lar episod org beraya kerumah... Hari2, rumah aku dkunjungi oleh saudara mara. Kwn2 lum ada g yg smpi. X pe, d kesempatan ini, aku nk jemput sume org yg knal aku, especially tman2 aku, korang d jemput dtg umah aku hari ahad nie, 4.10.09 sempena open hse n besday party my twins. Sekian, wassalam


="http://www.allblogtools.com/MiSc/Glitter-text-generator/holdz/z4a4b11661b285.gif" alt="Glitter Text Generator" width="276" height="67" border="0" />


Glitter Text Generator

Tuesday, September 15, 2009

Penat lar...

Aku letih gler lar skang nih. Kerja mmg banyak. lagi2 kami nk coti panjang. sume orang sibuk nk lek kg. nk top up touch n go card. sehari kami punye performance dah cecah 500k. memang tip top. tapi aku lar yg letih. ye ar...kalau kat opis nie, mmg tak smpt wat pape. kekadang nk chatting pun selalu terbatas. tu lar sebab selalu lmbat / tak sign in langsung. pala pun letih gak pk pasal nk raya. rumah aku tuh tah jadik hape. aku malas nk wat pape kat umah tuh. kebetulan kami mmg beraya kat pahang, so biarlah lepas lek dari kg baru aku nk clean up sume rumah tuh. sbb setiap hari balik dari keje, aku sibuk nk memasak. pas tuh malam plak sibuk nk tarawikh dan solat2 sunat yg lain. kalau tak pun, kekadang awal lagi aku dh tido. ye ar..penat sgt keje siang. suami aku cakap penat sgt cam aku keje kontrak (he..he..). Dia bengang sbb aku asik tido awal (tak layan dia lar tuh)... korang cam ne? sama tak kelibut cam aku?






Glitter Text Generator

Friday, September 11, 2009

SYAWAL YANG DINANTI PENUH KESAYUAN...

Amboi! panjang betol tajuk entry aku kali nih kan? he..he.. sebenarnya aku tengah bersedih nie... Mana tak nya..baru semalam suami aku mengutarakan suatu proposal yang membuatkan aku menjadi sedih dan sayu... Aduh! cam ne nih... Korang bayangkan dah hampir 5 tahun aku kahwin, dan dah 5 kali jugak beraya, cume tahun pertama jek aku beraya kat kg dia. Yg lain2 sume aku beraya kat sini (tapi petang raya dh lek kg hubby). tapi tahun nih, dia ajak aku beraya kat kg dia. AKU SEDIH WEHHHHHHHHHH!!!! Nak menolak proposal dia, aku cam tak sampai hati sbb tetiap tahun beraya kat rumah aku. Sesekali dia ajak balik beraya, tak kan nk reject plak kan? tapi cam ne aku nk menghadapinya? cam ne aku nk beraya jauh dari mak aku, jauh dari family aku? mesti aku sedih glerrrrrrrrrrr.... tolong wei! aku tak nak, tapi aku tak sampai hati nk reject. apa yg harus aku lakukan skang nih wei? Alasannya, sepanjang Ramadhan nih, lum ada lagi buke kat kg die... at least kalau lek kg hari sabtu tuh, smpat lar buke kat kg malam tuh... bole diterima gak alasannya...kan? Tapi cam ne ngan hati dan perasaan aku?????? Mesti mak aku sedih, kan? anak dia yg selalunye beraya ngan dia, tak dek tahun neh... dah lar baru kehilangan suami, anak plak beraya jauh dari dia... kalau ikutkan, dua orang lar anak dia tak beraya sama ngan dia. aku ngan kak cik. tapi petang raya tuh, kak cik balik umah mak aku. AKU???? aku tak rasa aku akan balik awal. paling awal aku akan blik ke sini mgkin pada hari isnin atau selasa..... erm... cam ne ek????????????

Glitter Text Generator

Wednesday, September 9, 2009

Syawal yang bakal tiba

19 Ramadhan! Sekejap jek masa berlalu... Rasa sedih lak bile Ramadhan akan meninggalkan kita, kan? Aku lagi bertambah sedih sbb tahun nih untuk pertama kalinya beraya tanpa ayah. 28 tahun tak pernah sekali pun aku beraya tanpa dia (kecuali tahun pertama perkahwinan aku, sbb beraya kat kg hubby). Itupun pagi2 raya masa kol parents, aku menangis meraung2. sedih beb! Ini kan plak bile dia dah tak ada lagi bersama kami... aku dapat rasakan kesedihan yg bakal kami hadapi pada hari pertama beraya.... Apapun, doa kami sekeluarga akan sentiasa mengiringi arwah. Semoga dia aman disana.... Amin...

Sekarang nih radio pun dh byk putarkan lagu2 raya. Memang sedih sgt bile dengar lagu raya. sehingga mampu menitiskan airmata.... Apapun, aku harap family aku akan terus tabah menghadapi ujianNya kali ini...

Walaupun kat opis nih dh sibuk mood raya, tapi aku gak yg tak beh. sbb raya ke 4 aku dh kene masuk keje. wpun hari selepas tuh aku sambung lek cuti smpi ahad, tapi kerana sehari itu telah merosakkan mood aku untuk beraya. tensen kan? lagi tensen daripada tak dapat cuti. sbb cuti sekerat2. ntah pe benda lar...nasib bek opis dia. kalau opis aku, mau aku cuti sebulan..heheh..




Glitter Text Generator

Tuesday, September 8, 2009

Diary Weekend

Jumaat 04/09/09

Tepat jam 4 petang aku dh kuar dari opis. Tanpa berlengah terus menuju ke rumah. Mana taknya, hari nih family hubby aku nk berbuka kat umah. Amik anak dari umah hanny, terus balik umah. Tanpa mandi dan tukar baju, aku terus berperang ngan kuali dan periuk. Aku masak siakap stim, tomyam campur putih, ikan bakar dan sayur kacang botol rebus, cicah sambal belacan. Nasib baik suami aku dh siap2kan bahan2 untuk memasak. Aku balik tuh, tinggal campak2 sume dalam kuali n periuk. Ye lar, dia mmg sepatutnya tolong, sebab kerabat dia yg nk datang, kan? Sebelum tuh, dalam perjalanan balik, suami aku suh beli ayam panggang satu ekor. Dalam perkiraan aku, mungkin dalam 10 orang jek yg nk makan. Bile aku dh siap masak, dan susun lauk-pauk, aku tengok banyak gler. Cam lebih dari 10 orang leh makan. Aku dh risau lauk aku tak habis. Membazir lar. Tak lama pas tuh, mak lang aku sampai satu family. Dorang jek dh ada 5 orang. Mak lang bawak kuih tepung bungkus n pulut panggang. Dia kata dia beli sumenya RM10 hengget. Aku tengok penuh satu tray aku. Lagi aku takut. Semakin banyak makanan aku. Setengah jam lepas tuh, MIL aku lak datang satu family. Dorang pun datang 5 orang. MIL aku bawak ayam masak kicap. Tambah lagi lauk pauk aku. Tapi aku mula rileks sket, sbb budget orang aku dh lebih dari 10 orang. 20 minit lepas tuh, sepupu suami aku datang dua orang. Nasib baik tak bawak lauk. Masa nk dekat berbuka, sepupu suami aku lagi 3 orang datang. Menjadikan semua jumlah yg datang berbuka hari itu adalah 17 orang dewasa dan 5 orang kanak2. meriah kan? Cam kenduri umah aku. Makanan tak usah cakap. Memang penuh ruang tamu aku tuh. Aku masak nasi 2 periuk. Wpun aku takut tak habis, tapi aku lagi malu kalau tak cukup. Selesai jek kami berbuka… aku memang terkejut sbb sume makanan itu licin. Yang tinggal kuih muih sket2. Memang selesai. Aku bersyukur sangat sbb sume yg aku masak selesai. Tak dek lar membazir. Nasik yg aku masak pun, cume berbaki sepinggan. Aku dh budget sume akan lebih banyak. Tapi alhamdulillah…sumenya undercover. Kerana kesibukan aku, maka aku tidak berkesempatan untuk amik gambar wat tatapan sahabat2. Apapun aku nk korang bayangkan, kami terpaksa take turn untuk makan nasik, sebab tak cukup tempat. Nasib baik aku susun untuk makanan berat sebelah, and kuih2 muih sebelah. Jadi separuh akan makan nasik dan separuh lagi makan kuih-muih dulu. Bile yg makan nasik dh selesai, baru lar amik giliran. Yang aku terkilan sangat, sejadah dan telekung kat umah yg tak cukup. Aku ada sejadah 2 helai dan telekung dua helai. Masing2 berebut nk solat. Ye lar…waktu maghrib kan singkat. Masing2 takut tak sempat. Tapi segalanya berjalan lancar. Walaupun ada yg terlewat, namun dorang masih berkesempatan menunaikan solat maghrib. Aku berazam untuk tambah sejadah dan telekong aku dalam sebulan dua nih. Takut kene serbu cam tuh lagi…so aku dh tak worry, kan? Mak lang aku tido umah aku malam tuh. Disebabkan sume lauk pauk dh selesai waktu berbuka, maka di subuh yg hening aku terpaksa lar memasak untuk bersahur pula. Apapun aku mmg happy. Sekurang2nya berkat rumah aku sebab dikunjungi oleh saudara mara, kan? Aku memang suka kalau ada orang datang kerumah. Walaupun kekadang penat untuk masak memasak, tapi aku rasa puas sangat kalau masakan aku habis tak berbaki. Rasa seronok sangat.




Sabtu 05/09/09

Hari nih, aku kene balas balik lar. Sebab sepupu suami aku dah datang umah, maka kami pula di jemput untuk berbuka puasa dirumah dorang pulak kat selayang. Okeylar tuh, semalam kami menjamu orang, hari ini kami di jamu pulak. Maka kami sume berkumpul dirumah sepupu suami aku pulak. Memang sonok dapat berbuka ramai2 cam nih. Lebih2 lagi di bulan pose yg mulia ini. Aku bawak murtabak mak aku masa g umah sepupu aku nih. Dorang nih mmg tak pernah rasa murtabak mak aku. Aku bawak 6 keping. Waktu berbuka jek, aku tengok dorang tak berhenti2 memuji dan terus menyuap murtabak mak aku. Sampaikan kuih lain tak bersentuh. Bangga jugak lar bila sume memuji kesedapan murtabak mak aku. Alhamdulillah…Rezeki mak aku tahun nih pun bertambah. Mak, jangan lupa bonus untuk anak mak sorang nih sbb mempromosikan murtabak mak sampai ke selayang dan wangsa maju…he..he..
Balik tuh kami menyinggah kat selayang mall. Niat di hati nk cari kasut anak aku. Tapi tak dek yg berkenan. Kemudian kami balik ke sg buloh. Sampai kat depan maybank, aku Nampak aku orang longgok2 barang2 letrik. Aku suh suami aku g Tanya sbb aku teringin nk beli vacuum cleaner. Aku pesan kat suami aku, kalau dalam 50-70 baru beli. Kalau lebih dari itu tak payah. Sbb kat kedai pun dalam 120-150. lama gak aku tunggu suami aku dalam keta. Bukan aku tak nak turun, tapi paham2 jek lar ngan c kembar. Karang aku sibuk pilih barang, dia sibuk ngamuk nk beli itu ini. untuk keselamatan dia dan jugak poket aku, lebih baik aku duk diam2 dlm kete. 20 min lepas tuh suami aku masuk kete berserta dengan vacuum. Bile aku tanya, rupanya lebih rm10 dari yg aku budget. Rm80. aku cakap kat dia kan aku cakap kalau lebih 70 hengget tak yah beli. Sbb dh over budget aku. Pas tuh terus dia sound aku…tak yah lar bayar. Abang hadiah kan jek. Aku pun amin…. Save budget aku. He..he.. thanx abang.


Ahad, 06/09/09

Hari ini hari untuk aku berehat sepuas2nya. Aku dh cakap kat hubby, aku tak nak masak hari nih. Aku nk rehat. Sbb letih sangat. Lepas zuhur, suami aku ajak keluar. Dia ajak g kl. Aku pelik gak dia ajak g kl di waktu tengahari. Sbb paham2 jek lar kl waktu cam tuh. Mesti jammed tahap gaban punya. Aku dh sound dia awal2. tapi dia degil. Dia nk g Campbell n Pertama sebab nk cari seluar dan kasut dia. Smpi jek kat the mall, jalan dh jammed, sbb ada MATTA Fair. Tapi pas the mall dh okey. Smpi kat chow kit lagi kaw2 jammed. Kebetulan kat traffic light maju junction tuh, jalan terus dorang tutup. Sbb jalan tuh dh jammed teruk gler. Terpaksa lar kene ikut dataran. Semedang nk smpi kat dataran, kami Nampak jalan kat depan sogo and pertama mmg tak dapat dimaafkan. Jammed tak bergerak. Nak tak nak, terpaksalah kami amik langkah yang lebih baik untuk pulang ke sg buloh sahaja. sudahnya kami g the store and beli kasut anak aku jek lar. Suami aku punye seluar dan kasut akan di beli di lain hari. Sian suami aku… sbb tinggal barang2 dia jek yg tak lengkap lagi. Aku ngan bebudak sume dh selesai. Tak pe lar bang. Slow2… ada banyak masa lagi sebelum raya. Balik dari the store, terus singgah bazaar, beli makanan dan balik umah. Tepat2 time nk dekat berbuka pose. Letih jugak hari ini. ingatkan dapat rehat sepuas2nya. Apapun malam tuh, kami memang membungkang awal. Ye lar memasing penat kan? Sampai tak bersahur lar subuh tuh. Nasib baik solat subuh tak terbabas gak. He..he…


Isnin, 07/09/09

Hari ni aku masih bercuti. Nuzul quran kan? Hari ini lar baru aku betol2 berehat. Memang tak keluar kemana2, sebab suami aku kene kerja. Hari nih pun aku cuti masak sbb berbuka kat umah mak aku. Memang lengkap lar majlis berbuka aku. Ada majlis family hubby dan ada gak family aku. Mmg penuh dn sendat jadual kami sepanjang cuti nih. Aku dh perasan, setiap kali weekend jek, murah betol Rezeki aku and family. Sbb ada jek orang nk ajak berbuka pose bersama. Ye lar….dah sepanjang minggu asik berbuka berdua jek, boring gak kan. So, kalau weekend dapat berbuka beramai2, baru lar meriah sket. Makan pun berselera… smlm masa buka umah mak aku, aku masak mee goreng. Aku rasa aku nih mmg turun tangan mak aku. Sbb jarang benda yg aku masak tak habis. He..he.. perasan pulak. (sebenarnya sbb orang lapar sbb berpose..he..he..)




Glitter Text Generator

Tuesday, September 1, 2009

BLACK TUESDAY

salam,

selalu kite dengar dan baca BLACK MONDAY. Tapi kali ni aku tukar tu TUESDAY. Ye ar... monday kan cuti sempena negara kita menyambut kemerdekaan yang ke 52. tak sangka, dah 52 tahun negara kita merdeka ye...

Pergh!! Long weekend hol membuatkan jadual aku penuh dan sendat. Jadual penuh, perut sendat. Hari sabtu, berbuka dirumah ibu ku tercinta. kebetulan semua adik beradik aku balik, so sonok lar berbuka beramai2. Teringat kenangan zaman dolu2 mase sume lum kawin. buka ramai2, makan berebut2. sweet memory. teringat arwah abah selalu baca doa untuk buka pose. aku ngan adik beradik berebut2 sampai bergaduh2. selalu kene marah ngan mak dan abah. sonoknya masa tuh. masa buke hari tuh, kami sume menyingkap balik memori2 tuh. masing2 gelak2. tapi bile terkenangkan arwah abah, masing2 rasa cam nak menitik air mata. tahun pertama berpuasa tanpa dia. terasa sangat kehilangan itu. selalunya dia lar orang paling gembira bile kami sume berkumpul untuk berbuka bersama. sanggup dia berbelanja besar semata2 nak puaskan hati sume cucu2 dia. dan, benda yg paling aku tak leh lupa, ramadhan 4 tahun yg lalu, c kembar dilahirkan. dan arwah adalah orang yg paling seronok. dalam sejarah, dia dukung baby. sbb selalunya cucu & anak2 dia tak pegang kalau masih bby. dia takut dan geli. tapi masa c kembar dilahirkan, dia rajin tolong buaikan, dukung. belikan baju, tilam, bantal dan macam2 lagi barang mainan tuk c kembar. mmg dia happy sangat sbb dapat cucu kembar. lepas aku habis pantang dan nk pindah lek umah sendiri, dia sedih sgt. dia suh aku tinggal bby kat situ. tapi aku tak nak. dan aku janji ngan dia selang sehari aku akan bawak bebudak jumpe dia. dan itulah rutin yg aku lakukan smpi lar skang wpun dia dh tak dek. selang sehari aku akan terjengul lar kat umah mak aku tuh.

Hari ahad, mak mertua pulak jemput buka pose umah dia. Suami aku plak lek lmbat dari kije. So, dari aku datang tangan kosong, aku pun masak lar rendang kerang untuk dibawa ke sana. sonok gak, dapat berbuka pose ngan ipar duai. walaupun tak ramai cam family aku, tapi okeylar. mak mentua aku nih memang pandai masak. macam lauk2 hotel, siap ngan decor bagai. sendat lagi perut aku.... ye lar... dah sepuluh hari pose, selalu makan sket jerk. mana tidaknya, dok buke 2 orang. mana nak ada selera. bebudak twin tuh biasanya dh makan kat umah babysitter. kalau tak pun, dorang tuh mmg kurang makan. dapat susu sebotol, dah rilek ar. selalunya masak nasik satu pot siap tuk sahur skali. suami aku pun tak bape kuat makan lately nih. mgkin sbb dia dh penat keje, jadik selera nk makan tuh kurang lar. tapi bila dapat berkumpul buka pose beramai2, tengok dia tambah berpinggan2 gak. aku pun smpi sendat lar perut makan... sepanjang bulan pose nih, aku tak makan nasi, tapi bile buka umah mentua, kene gak jamah nasi. abih diet aku...tapi tak pe, berbaloi gak makan nasik. sebab lauk pauk sedap2 belaka.

semalam...jek baru buke kat umah. tu pun ada member ajak buka luar, aku dh tak sanggup nk makan byk lagi. jadinya, kami pun amik keputusan berbuka kat umah jerk. bagi perut rehat sket... he..he..

berbaloi gak usaha aku untuk diet, sbb aku dh berjaya hilangkan 2kg....



Glitter Text Generator

Friday, August 28, 2009

7 Ramadhan

Hari ni 7 Ramadhan bersamaan dengan 7 hari dah kite pose. Tapi untuk hari ke 7 nih adalah hari pertama yang aku tak terbangun sahur. Bukan saja tak bersahur, malah solat subuh terbabas. Nak kata di hasut setan, tapi sume dh diikat. Kesal sangat. Aku dan suami tido smpi tak tersedar. Memang malam tadi kami tido lewat, tapi bukan 1st time tido lewat. Selalu jerk. Tapi tah kenapa pagi nih kami bole terbabas. Aduh! Rase kesal sangat. ye ar... dah lar malam tadik tak tarawikh, pagi nih terbabas pulak.

Pagi nih hujan, tu yg terbabas tuh... tpi memang syahdu lar pagi nih. Hujan turun membasahi bumi dan juga membuatkan perut aku semakin berkeriot... aduh! jangan lar gastrik aku datang lak time nih.... biarlah berpuasa di bulan ramadhan, daripada berpuasa di bulan lain. banyak duagaannya... (pose ganti lar tuh)...




Glitter Text Generator

Wednesday, August 26, 2009

Special Entry for Z

Salam to all & special for Z,

Aku mintak maaf, sebab lambat wish besday tuk ko. Tak pe aku buat entry nih khas tuk ko. Aku doakan semoga ko panjang umur dan murah rezeki. Semoga korang bahagia selamanya. Semoga menjadi ibu yang penyayang dan isteri mithali. semoga dijauhkan daripada dikhianati oleh orang2 yang zalim. semoga ko terus tabah menghadapi apa jua ujian yg melanda.

Happy belated birthday yang kebetulan jatuh pada 1 Ramadhan. Berkat tarikh besday ko tahun nih. sambut sambil bersahur ker? he...he..






Glitter Text Generator

Friday, August 14, 2009

SENGGUGUT

Muka aku tengah cemberut gler la nih. Tengah senggugut skang neh. Aduh! rasa cam nak tertanggal pinggang aku nih.... Rase cam nak terberanak pun ada....tolong weh!!! korang ada petua ker nk ilangkan senggugut. Aku rasa dulu pas aku bersalin, dah ilang. tapi lately nih senggugut nih datang balik.... tetiap bulan aku akan berguling2. sbb tak tahan. masalahnya sakit keliling, dari perut sampai ke pinggang. pas tuh tak selesa langsung. duduk tak kene, baring tak kene, nak wat keje pun tak dek mood. rasa cam nak balik tido!!!!!!!! Adoiyaiiiiiiiiiiiiiiii

Dah nak dekat pose kan? cam ne persiapan korang nk pose nih? Aku cam biase ler... Tak dek pape persiapan pun. Aku n hubby ada wat perbincangan, ingat nak tumpang port mak aku meniaga mee udang bulan pose nih. ye ar... kalau amik tapak bazaar, nak kene bayar sewa. ngan mak free jerk (he..he..) nanti raya bagi lar ang pow. sbb baru nak mula. tak tahu lagi sambutan orang. sajek nak tambah wet raya. g pun bulan pose lek awal, ada lar masa aku nk meniaga. tapi aku tengah berpakat, sape nk masak bahan2 tuk mee udang tuh... ada sesapa nk mintak keje ngan aku????? sila hubungi aku secepat mungkin ek...he..he




Thursday, August 13, 2009

CANTIK TAK???

Cantik tak? erm... tapi bukan aku yg jual. Ini HR manager aku jual. dia suh aku jadik photographer... so, aku pun tumpang lar post dlam blog aku. Dia nih anak bos besar. So, kalau dekat2 raya nih, mmg kalut lar dia buat kuih raya. bisnes sampingan kompeni aku. jual kuih raya. dengarnya hamper yg dia buat nih dijual dengan harga RM200. Memang cantik, tapi aku nih plak jenis yg biar murah tapi berkualiti. Erm..kalau dh dua jenis kuih sampai 200, baik aku beli kuih raya kat pasar atau tempat lelain. memang ar tak dapat gubahan cam nih, tapi untuk 200 tuh aku leh beli paling kurang 10 jenis kuih raya. banyak tuh. tapi kalau jenis orang kaya cam dorang neh, 200 tuh cam 2 hengget jerk. yg penting persembahan mesti menarik. betol tak? sonok ke jadik orang kaya ek? mau nye tak... apa yg kita nak sume leh dapat dengan jari telunjuk jerk.... hu...hu... Mulai hari ini..aku akan Chai Yo! Chai Yo! untuk menjadi orang yg kaya dan berjaya dunia dan akhirat. amin...











Glitter Text Generator

Wednesday, August 12, 2009

Perangai C Kembar

Semalam lek keje, aku terus memulakan tugas aku sebagai tukang masak. Huh! berhempas pulas gak lar aku memasak semalam. ye ar...teringin nk makan nasik goreng kampung. kebetulan nasik sejuk tak dek. jadik kenelar masak nasik dulu kan? then sejukkan, baru leh goreng. banyak gak kaedah nye. tapi dh teringin, buat gak lar...

Aku nk cite pasal ckembar. Dorang nih, semakin besar nih, semakin byk pulak aku tengok perangai aku terkenan kat dorang neh. Tak pe, mama nih bukan jahat sgt. Nakal sket jerk. Semalam masa aku tengah memasak, si kakak mintak izin nk buang air besar. aku pun iyekan jerk lar. memang dh jadik kelaziman dorang neh, kalau adik berak, kakak tolong basuh dan begitulah sebaliknya. tapi kebetulan smlm si adik tak berapa sihat. badan dia cam dedar sket. mungkin terlebih penat kut. bile kakak dah selesai menunaikan hajatnya, dia pun panggil adik tolong siram kan. dia akan cuci sendiri. cume dia tak reti untuk siram and cuci sendiri. kene ada orang tolong siram, dia akan cuci sendiri. adik dengan malasnya, tolong gak lar. sbb kakak pun akan tolong dia gak kalau dia berak. nak di jadikan cite, adik nih dengan longlainya, siram tak kene kat buntut kakak. yg kakak nih pulak mmg kepala angin. dia pun bengang bile adik siram tak kene kat tmpt yg sepatutnya. adik pulak melawan pulak. dia kata dh siram elok2, tapi kakak tuh tak duduk diam2. sudahnya dorang bergaduh. akhirnya adik bengang, terus tinggalkan kakak. "kakak wat sendiri! Adik nak tido!",lebih kurang cam tuh lar ayatnya. apa lagi meraung sakan lar kakak. aku yg kesian, terus tolong siram kakak. bile dh siap, dia terus keluar. kelam kabut dia pegi cari adik kat ruang tamu. bile nampak adik tengah sibuk belek buku, dia terus sound adik dengan garangnya, "Adik kata nak tido, kan? Tido la!!!!",penuh bersemangat dia meluahkan. aku yg jadik pemerhati gelak kung-kang2. memang kelakar cara dia marah adik dia. macam aku ngan kakak aku dulu mase budak2. selalu gaduh cam tuh lar. skang neh aku cam tengah tengok drama aku ngan kakak aku suatu waktu dulu. memang kelakar sgt bile kenangkan balik. sampai merah2 muka kakak marahkan adik dia. yg pelik tuh, adik kene marah terus baring & tido. punye lar takut ngan kakak. erm.. memacam. tapi alhamdulillah, lepas aku bagi ubat, adik dah kebah demamnya. mungkin penat lar tuh. tapi aku perasan lar... anak2 aku skang nih kerap demam lar. takut gak... korang tau tak pe puncanya?





Glitter Text Generator

Tuesday, August 11, 2009

Lama tak update

Salam,

Lama tak update blog. sebenarnya tak tahu nak tulis pe. lagipun awal2 bulan cam nie biaseler... keje banyak gler. almaklumlar..segala mak ayah report nk kene provide kat "pak cik' tu (bos aku ler. lambat kang...membebel plak. baru ari nih ada kelapangan untuk mengupdate blog aku. aku sebenarnya tengah tunggu mase nk cau cin cau. aku lek keje kul 5.30. skang nih tengah ber pk2 apa menu aku mlam nih. suami aku tengah sakit batu karang. kang aku masak bukan2, penyakit dia menyerang semula. baru jerk nk sembuh. sian dia. tak sanggup tengok kalau dia kene batu karang. berguling2. semalam pulak, masa dia muntah, ada kuar darah sekali. aku worry sgt. tapi biase lar suamiku, kalau sebut jerk spital cam aku suh dia terjun bangunan tingkat 18. takut sgt nk g spital. masalahnya aku lagi takut sbb keadaan dia dh semakin kritikal. skang nih dh muntah darah bagai. menakutkan jugak. aku hope there's nothing will happen to him. lum ready nk dengar apa2 yg bisa melumpuhkan semangat aku.... wpun aku nih tak nampak cam sayang kat sia (ye ar..saje malas menunjuk sgt), tapi hakikatnya i luv him so much2 (nk tunjuk syg sgt lar tuh)...

Ish melalut jauh dh nih. dari pk pasal menu makan malam smpi melalut cite i luv u plak. tu yg aku malas menulis. kalau dh menulis, kompom merapu meraban. tak pe ar... aku pun dh nk blah. rasa2nya menu makan malam aku, nasi goreng kampung. sbb tadik, abg kat opis nih ada sedekah sayur kangkung. opis aku nih mmg serba macam bisnes. dari jual t n go, jual tanah, develope banglo sampai lar ke bercucuk tanam. kebanyakan sayur2an kat opis nih sume hasil dari bahagian pertanian. beh kan keje kat sini. sume ada...




Glitter Text Generator

Tuesday, August 4, 2009

SWINE FLU (H1N1)

Malaysia telah mencatatkan sebanyak 1400++ kes semenjak may. angka yg agak besar untuk negara kecil macam malaysia. Dalam 1400 tuh ada 8 kes kematian. Menakutkan.... mungkin inilah petanda akhir zaman, terlalu banyak penyakit menular (sars, selesema burung, aids, JE and etc). sudahkah kita bersedia dengan amalan2 soleh? gejala sosial semakin meningkat. Entah lar... Alhamdulillah kita berjaya melalui alam remaja dengan sesuatu yg tidak memalit arang hitam kemuka orang tua. Tapi bagaimana anak2 kita kelak? Memang, didikan yang betol dan sempurna menjamin perwatakan anak2 akan datang. Namun, adakalanya dalam zaman moden serba mencabar ini, anak pak imam sendiri pun boleh murtad. Inikan pula anak orang biasa macam kita. Semoga my luv twins tak terjebak ke kancah sosial seperti remaja2 skang nih. waktu ini mungkin permulaan...masa akan datang samada menjadi lebih teruk atau semakin bijak?

Sebenarnya aku nk cite pasal kes swine flu nih, hubungan aku ngan suami aku berantakan. Malam tadik budak opis aku anta sms dalam kul 11 lebih. masa tuh kami dh atas katil nk layan tido ler. memasing dh letih. tetiba sms masuk kat hp aku. budak opis aku cakap dia kat spital tengah check pasal swine flu nih lar. sbb member2 dia 2 orang dh kene. kebetulan dia baru jerk jumpa member dia tuh jumaat lepas. pas tuh dia siap ckp lagi, nnti kalau dia sangkut, dia suh aku g check. aku pun just jawab jerk, dah g taw bebudak lain ker? dia balas balik jgn g taw sesapa lagi. suami aku nih mmg jenis cemburu buta. pas tuh dia dh salah paham. dia leh tanya, nape aku pulak kene check? apa hubungan aku ngan budak tuh? nape bebudak lain tak yah g check? ish aku tak paham betol. cemburu dia tuh, mmg tak leh dibawak kemana2. budak nih, lelaki... tapi muda bertahun2 dari aku. tak kan lar aku gler nk bercinta ngan bebudak bawah umur cam tuh. dah nk kawin pun dak tuh. aku dh terangkan kat suami aku, tapi dia just senyap jerk. pagi nih bile aku nk g keje, masa nk salam tuh, dia tak cium pun aku. marah lar tuh. ish! tensen nye... pasal benda yg tak dek pape cam tuh pun, dia nk cemburu. kalau aku betol2 buat, mau kene bunuh agaknya aku nih... hai la, suami... jangan lar berfikiran sempit sgt...




Glitter Text Generator

Friday, July 31, 2009

SAYU YANG LAYU...

Menghadapi kehilangan seseorang yang amat dikasihi memang memeritkan. Sukar untuk digambarkan perasaan itu dengan kata-kata. walaupun luaran nampak seperti tiada apa yang berlaku, namun kala bersendirian kenangan lalu sering mengundang emosi. Aku? Hari ini tepat 28 hari pemergian arwah abah. Tapi kenangan bersamanya masih belum mampu kukikis lagi. Adakalanya tatkala membacakan yassin untuknya, airmata seolah tidak mahu berhenti bercucuran. Tambah syahdu, bila c-kembar tengok aku menangis, dorang akan datang mengesat airmataku sambil bertanya "kenapa mama nangis?". Aku hilang kata-kata. Walaupun ini bukan kali pertama aku kehilangan orang tersayang, tapi perasaan kehilangan orang yg membawa dan memelihara aku sehingga aku berusia 28 tahun, memang menyayat hati. apatah lagi, akular anak yg paling suka melawan dia. Dan sepanjang dia sakit, aku lar jugak yg sering menjaga dan menjenguk dia. mungkin kerana itu, aku jugak lar yg paling sedih dengan kehilangannya berbanding adik beradik lain. aku cuba untuk berlagak seperti biasa, namun hanya berjaya waktu aku bersama teman-teman ataupun di kelilingi orang ramai. tapi setiap kali bersendirian, airmata bagaikan teman yg paling akrab sehingga tidak sanggup berjauhan dariku. Mungkin kerana disaat akhirnya aku tidak sempat untuk meminta ampun darinya. saat itu, aku langsung tidak memikirkan bahawa dia akan pergi untuk selamanya. kerana selama ini, aku sering menghadapi saat2 kesakitannya seperti itu. kerana sudah terlalu biasa sehingga aku menganggap hari itu, dia akan pulih selepas 2,3 hari. aku kesal. kesal sesangat. aku harap arwah telah ampun segala dosa2 aku padanya. Ya Allah, kau tempatkanlah roh allahyarham disamping orang2 yang beriman. Cucuri lah rahmat ke atas roh nya. Amin...

Abah! Tidak akan ada penggantimu setelah pemergianmu. Ida sayangkan abah. Semoga abah aman di sana. Amin



Glitter Text Generator

Thursday, July 30, 2009

TAG DARI ZURA

Tag dari Zura Tahir. thanks ra...

1. Nama Timangan Anda
ida, cik ida, fidah,

2. Anda Seorang Yang
banyak cakap, tak reti diam, terlebih peramah, suka wat bising, baik hati (he..he..perasan pulak), and very penyayang dan jugak mudah simpati

3. Insan Istimewa
Parents, my luv twins, my luv hubby and all friends

4. Describe Ape Yang Membuatkan Dia Terlalu Istimewa Di Mata Anda
parents = orang yg melahirkan dan membawa aku kedunia ini
my luv twins = 2 kid gurlz yg selalu memeningkan kepala aku dengan kerenah dan keletah manja dorang..but im happy with it.
my luv hubby = penguat semangat aku untuk meneruskan kehidupan dibumi Allah s.w.t ini walaupun selalu tak sependapat, but i know deep in his heart, he is luv me so much! thanks abang
friends = dorang nih la telinga untuk mendengar masalah aku, bahu untuk dipinjamkan bila aku sedih, suara untuk memberikan nasihat terbaik untuk menangani masalah aku, and tak kira apa yg berlaku, u are all my best friends. thank you to be my good friend.

5. Lagu Kesukaan Anda
rock kapak and ballad

6. Makanan Kesukaan Anda
mee hoon goreng

7. Warna Kesukaan Anda
putih bersih suci murni

8. Sikap Yang Membuatkan Anda Stress
multi tasking. memang tensen kalau tengah buat something, orang suh wat benda lain

9. Tiga Benda Yang Mesti Ada Dalam Beg Anda
Purse, handphone and car key + house key

10. Kali Terakhir Anda Menangis Dan Kenapa
pada 4/07/2009 sewaktu abah pergi untuk selamanya. Al fatihah untuk arwah abah

11. Tag 7 Rakan Andaa- ena, imah, zura, shumie... aduh! tak cukup pulak. ada 4 jerk member blog aku rupanya. he...he...he...



Glitter Text Generator

Wednesday, July 29, 2009

ANAK

Apa reaction korang kalau dalam situasi dibawah ini :-



Anak : E..e.. gambar mama ngan babah kawin... (sambil belek gambar perkahwinan kita)

Mama : Cantik tak mama?

Anak : Cantik... tapi kenapa gambar adik tak de, ma? Mama tak bawak adik ker?

Mama : ?????!!!! (x tau nk jawab)



korang bayangkan...itu lar perasaan aku. memang aku terus senyum jerk. sebab c-kembar baru 4 tahun. kalau aku terangkan kat dia pun, bukan dia paham. sampaikan dia merajuk sbb dia ingat kiteorang tinggalkan dia masa g kenduri tuh... adush! penin weh... dulu dia tak bercakap sibuk nk suh pandai cakap. skang bile dh pandai cakap, sampai tak reti nk jawab soalan yg dia tanya. penah dia tanya aku pasal bulan. dia tanya sape buat bulan. aku pun alar2 ustazah lar menerangkan kat dia. satu perkataan jerk yg kuar dari mulut dia mendengar penerangan aku "ooo...". nampak sangat dia tak paham pe yg aku terangkan. at last dia cakap kat aku, mama amik lar bulan tuh. adik ngan kakak nak main. pedepek! sekali lagi aku terdiam. suami aku leh bantai gelak. bukan nk tolong. tengok isteri kesayangan dia terkial2 nk menjawab soalan anak2 manja dia. adush! memang susah nk terangkan pada bebudak yg baru mengenal dunia nih. masalah timbul bile kite cuba terangkan pada dia, tapi dia tak paham. dulu aku selalu dengar cite orang keliling, tentang soalan2 maut dari bebudak sekitar usia c-kembar skang nih (3 tahun ke atas). tapi skang aku sedang mengalaminya. maknanya skang nih, aku kene banyak lar membaca tips2 untuk menjawab soalan2 maut dari anak2. pernah gak dengar orang cakap, bila dia semakin meningkat usia, (senang cite bile dia dh baligh) akan lebih byk soalan maut yg ditanya. ada yg citer dia tanya macam mana dia (anak nih) bole terjadi. dari mana dia kuar? ish! ish! mengenangkan benda2 tuh, rase teruja dan takut gak nk menghadapinya. maunya tak, salah jawab, lain pulak pemahaman dorang nanti. lagi2 hidup dalam zaman moden yg serba mencabar nih.... memang memerlukan pemikiran yg kreatif dan simple untuk menjawab soalan2 dari anak2. ingat lagi zaman kita kecik2 dulu, mana berani nk tanya soalan2 pelik ngan mak. bukan pe, takut soalan kita dijawab dengan penampar. ish! menggerunkan. apa2 yg musykil pun, just simpan jerk dalam hati. bila dh meningkat dewasa, baru dapat jawapannya. itupun setelah kita melaluinya. tapi bebudak skang memang advance, apa jerk yg dorang nampak yg memusykilkan, tanpa segan silu dorang just tanya. mak bapak pulak yg segan silu nak menjawab soalan dorang tuh... inilah resam kehidupan di zaman canggil dan moden cam skang nih....



Pada kengkawan aku, especially ena, z, ra and imah. tunggular masa korang nnti. mungkin setahun dua lagi korang pun akan post benda yg sama aku pernah tulis ari nih dalam blog korang. skang pun bile baca blog korang tentang anak2, dah memacam kerenah yg aku baca. setiap kali baca perkembangan ttg baby korang, aku akan senyum sendiri. sbb sume tuh aku dh lalui masa korang tengah enjoy2 dulu... ha..ha...

Glitter Text Generator

Monday, July 27, 2009

PICNIC @ DUSUN HULU LANGAT

Semalam, ahad (26/07/09) aku n member2 opis aku picnic kat dusun boss aku kat hulu langat. beh gak... tapi sayangnya, camera aku batt kong. so, tak dapat snap gambar. nak snap kat hp, tapi tak cable. tak leh lar nk load gambar kat pc. tak pe ar... janji aku syok... mmg beh gler.. ko tau lar kalau dusun buah. ada pulasan, rambutan, nangka, cempedak, ciku... cume durian jerk yg ada pokok, tapi tak berbuah. nasib baik. kalau tak, maunye aku jadik the mask of zorro. ye ar... aku tak leh tahan bau durian. sian suami aku, kalau nk mkn durian kene mkn kat luar. ataupun aku yg keluar. entah apa pesen aku nih. nak jadik mat salih celup ler tuh... tapi mmg aku tak tahan. dulu aku hantu durian. mungkin satu hari tuh, aku dh terlebih makan durian, sampai aku muak. akibatnya smpi skang aku tak bole cium bau durian. mesti meloya. pernah gak sekali cuba makan durian, terus keluar balik apa yg baru aku makan. sejak tuh, mmg tak penah dah usik buah durian.

Dekat dusun boss aku nih, dia ada wat kolam ikan. apa lagi, suami aku smpi tak hengat makan. sibuk memancing sejak dari mula datang smpi nk balik. yg pelik tuh, dapat nye tak banyak pun. 4 ekor jerk. tapi kami bawak balik 2 ekor jerk. sape nk makan ikan bebanyak. yg lain tuh, sedekah kat kengkawan yg tengah pregnant. sbb suami dorang tak leh mancing. ye ar...pantang orang mengandung kan?

C-kembar lak, sonok giler main air bukit. tapi air nih tak dalam. adalah paras betis jerk. sonok ler anak aku ngan anak2 staff lain main air. tapi yg sedih nye, akibat terlalu lama main air, tengah panas lak tuh, petang tuh badan dorang terus panas. malam tadik dua2 demam. sian uchuk mama... melepek jerk... at least dapat gak dorang rehat. kalau tak, dorang tuh rehat time tido jerk. kalau tengah jaga memacam benda dorang nk buat. pelik tul. tak gheti penat. kekadang smpi kul 2,3 pagi lum tido. duk main jerk. at least bile dorang demam, dorang mmg tak meragam. tapi dorang akan jadik kuat tido. adala gak masa mama ngan babah nak rehat. tapi smlm pun, balik jerk umah, terus kemas umah. sbb malas nk kemas pagi nih. mesti letih punya. biar penat skali. siap mengemas dan solat isya' hidangkan suami aku makan malam. layan tv jap, terus belayar. dh mmg tak leh bukak mata.... tau2 dh pagi. nasib tak terbabas subuh tadi....

Kiteorang buat pot luck party. memasing bawak makanan. aku bawak mee udang. tapi rase cam tak berapa nk jadik. mungkin kene pekatkan kuah sket. maklumlah....1st time buat mee udang. lum smpat menuntut ngan mak mentua pun. just pandai2 sendiri jerk. Insya Allah, lain kali akan belajar dari kesilapan. amik komen2 positif dari kengkawan yg dah rasa... Rase2 cam nk meniaga bulan pose nih. harap2 mee udang aku akan semakin sedap ler...

dah lar... tak tahu nk citer lagi. rugi sangat tak dapat snap gambar... yang member2 lain pun sume tak bawak kamera.... maknanya tak sesapa yang mengabdikan kenangan picnic di dusun tuh... sabor jerk lar. tak pe, memori otak aku tetap telah merakam kenangan manis itu...

Glitter Text Generator

Friday, July 24, 2009

MENYAMPAH...

Korang suke tak, kalau datang opis buat muka sardin. bawak masalah kat umah smpi kat opis. pas tuh bile orang lain tegur, mula lar buat muka bengang. Ish! aku cukup meluat orang yg jenis cam nih... aku nih kalau ikutkan, lagi byk masalah. tapi smpi bos aku sendiri cakap kat aku, dia ingat aku ngan suami aku tuh hidup aman damai. tak penah gaduh. sbb hari2 datang opis muka manis cam gula (he..he..perasan pulak). tapi mmg betol, bila aku cakap aku tengah gaduh ngan hubby aku, sume orang tak caya. sbb tengok aku gelak jerk. cam tak penah ada masalah. setiap rumah tangga, pasti ada pergolakan kan? tapi tak yah lar nk tunjuk kat sume orang yg kita tengah ada masalah. simpan sendiri sudah! orang keliling nih, tak sume boleh menolong. kekadang kebanyakan menambah beban daripada memberi respon baik untuk kita. lebih baik masalah tuh, simpan jerk lar. kalau nk meluah pun, just tulis kat blog atau g taw kengkawan yg mmg bole dipercayai. Itu lar manusia... aku bukan pe just nk meluah perasaan aku yg tak enak ari nih disebabkan seorang office mate yg tak berkaliber. dah lar datang bawak muka taik, pas tuh nk sound2 aku. pagi2 jumaat dh wat aku naik hangin. nasib baik lar aku masih dalam mood yg cun, kalau tak ngan dia2 aku bambu.... ish! menyampah tul

Glitter Text Generator

Wednesday, July 22, 2009

Suamiku...bukan suamimu...

sajek kasik tajuk gempaq sket. sebenarnya aku nk cite pasal suami aku. pagi tadi, sewaktu orang lain sedap diulit mimpi, termasuk lar aku, tiba-tiba aku dikejutkan oleh suami aku. pelik gak... bangun2 jerk dengar dia mengerang. berguling2 dia kesakitan. aku panik. aku tanya kenapa, dia kata perut dia sakit sgt. macam dihiris2. aku lagi ler gelabah. aku ajak dia g spital. tapi dah sifat lelaki, sebut jerk spital cam nk suh terjun bangunan. mati idup balik, dia tak mo pegi. aku dh tak tahu nk wat apa, amik minyak gamat urut jerk perut dia. dalam kepanikan tu, mata aku nih pulak cam tak g skolah. wpun dalam panik, sempat lagi terpejam. tersengguk2 menahan kantuk. adush! mengenangkan pagi nk keje g. sepanjang pagi tuh, dia tak bg aku tido. suh urut perut ler, urut belakang ler. yg aku lagi panik tuh, dia berak2 + muntah2. cam simptom poisoning. tapi masalahnya, dia nih mmg ada batu karang. dari cara dia cakap tuh, ada gak simptom batu karang. sbb masa dia kene tahun lepas tuh, cam nie ler simptom dia. pagi2 berguling2. mmg kesian... tapi mengenangkan kedegilan dia, aku naik hangin pun ada. aku nih dh la risaukan dia, tpi dia tak nak g spital... cam ne lar aku nk buat ngan suami aku nih... aku risau sgt. skang kt opis pun duk risaukan dia kat umah.... aku dh siap belikan dia sarapan, tapi tadik mase kol, dia x nk mkn. sbb dia kata kalau mkn, nnti dia muntah... kesiannya my hubby.... ape yg patut aku lakukan? adakah patut aku pensankan dia, kemudian bawak g spital? tpi kang pensan x bgun2, lain lak jadinya kang.... adush!!!! tolong ler kengkawan.... pe yg patut aku buat neh?????

Glitter Text Generator

Tuesday, July 21, 2009

BERMANDI-MANDA....

Ahad lepas, tak tahu nk g mane...bosan duk kat umah... kebetulan suami aku kene g ukur rumah orang nk wat grill, satu kat flora damansara, satu kat manjalara. alhamdulillah...murah rezeki kami sekeluarga. lepas g ukur tuh, bebudak sibuk merengek nk ajak g mandi... kiteorang kebuntuan, tak tahu nk cari tempat yg free dan dekat... malas nk jalan jauh2. senin nk kije. akhirnya kami sepakat bawak c-kembar mandi kat templer park. lama tak g kat sini, rupanya dh kene bayar nk masuk. nasib baik 2 hengget jerk satu pala. tapi c-kembar tak kira lar. tak puas ati gak. sebab apa kene bayar? lagipun orang yg kutip bukan cam orang majlis pun. pe sebab dorang nk kutip? nak kata tmpt bersih sgt, aku rasa masih cam dulu... tak paham betol. dorang tolong curah air dari atas ker? tak aci ler...kenapa kene bayar? dulu aku sebulan sekali pegi situ, tak penah pun kene bayar. nape kali nih kene bayar pulak? (amboi! punye lar marah macam bayar 200). mmg lar... wpun 2 hengget, tapi kalau dh 2 pala, dh 4 hengget. lepas nasi tengahari sepinggan. mee goreng mamak pun dh lepas tuh... ish melalut pulak... tak pe ar, demi c-kembar, ku tabahkan hati... at least dorang happy sgt dapat main air.....
comey nye c-kembar... (ceh! perasan pulak)
wah...landing nampak...
"mama! tengok adik kakak, cam ikan kan?"
suke sgt dapat main air...

pape hal...skill duduk tak tinggal...
Glitter Text Generator

Monday, July 20, 2009

CATATAN INI KHAS BUAT RA part 2

Alar...Ra! jangan terkejut lak ada lagi catatan untuk ko. sebenarnya aku nk wish HAPPY BESDAY KAT KO! semoga ko dipanjangkan umo n dimurahkan rezeki...he...he... semoga cepat bertemu jodoh... semoga cepat dikurniakan zuriat (lepas kawih jerk ek).... happy besday to you....

note : dah tambah satu nombor kat umur ko ek? he...he...




Glitter Text Generator

Friday, July 17, 2009

PELIK TAPI BENAR

hari nih g makan ngan lolie kt groupbase. sian minah nie, kat opis dia tuh, dia dah tak dek geng.. sume geng dia dh benti keje. tinggal sensorang. rajin lar ajak aku lunch skang nih.... padahal baru 2 hari lepas lunch sama kat thaqwa. ari nih kuar g. selalunya seminggu sekali jerk lunch ngan die. hari jumaat lar sbb lunch lama sket...

aku skang semakin pelik ngan perangai laki aku. dia cam dh lain lar skang nih. aku pun tak pasti apa yg menyebabkan dia berubah. dulu aku rasa dia okey jerk. satu hari, someday around minggu lepas, dia ada sound aku, dia akan maafkan kesalahan aku kecuali kesalahan aku menipu dia... aku mmg tersentak. sbb selama ni, byk gak benda yg aku bohong sunat kt dia. bukan sengaja nk tipu, tapi kalau cakap bebetul, nnti lain jadiknye. jadik aku yg tak sedap ati, ye ar suami tak maafkan mana nk senang duduk. so, mlm tuh aku berterus terang ngan dia. aku pun cakap mana yang sepatutnya, n mana yg tidak. kebanyakan yg aku tipu dia, bile aku nk kuar ngan lolie, aku ckp nk tempat A, tapi aku melencong ke tempat B. aku terus terang pasal benda tu lar. then dia kata, itu dia bole maafkan. tapi dia tak kan maafkan aku kalau aku cakap aku kuar ngan lolie, tapi sebenarnya aku kuar ngan orang lain. aku jadik pelik. aku rase selama ni, aku lum penah wat keje giler tuh. dia maksudkan seolah-olah aku curang. aku mmg pelik. cara dia bercakap ngan aku, macam aku nih mmg hide something dari dia. seingat aku, selagi aku waras aku lum gler nk wat keje cam tuh. mmg selama ni, ada terpk nk jumpa satu mamat nie, tapi sbb mengenangkan suami aku, aku simpan hasrat hati aku tuh... bukan boyfriend pun, tapi bekas bestfriend aku. ye ar...dulu dia sihat skang dengarnya cam teruk. teringin sgt nk jumpa dia. tapi tak pe lar...aku doakan dia akan sihat dan sembuh... amin... aku takut perkara2 cam nie lar. suami aku tuh kan cemburu sgt2.

semenjak ari tuh... aku rase segala pergerakan aku dikawal. setiap kali aku cakap aku nk kuar ngan lolie, dia mesti spotcheck aku. tanya mkn kat mana, bape orang, itu lar, ini lar... smpi aku naik malu ngan lolie. nasib baik aku dh cite segalanya kat lolie. kalau tak mesti dia kecik ati sbb suami aku cam tak percaya kat dia. aku mmg heran lar, perangai dia pelik sgt. aku rasa macam dia penah dengar something dari someone yang dah memburukkan aku kat dia. aku pun tak paham kenapa ada orang sanggup wat kami cam tuh. kalau betol lar perkara tu, aku tak kan maafkan orang yg memfitnah itu. tapi kalau sbb lain, aku tak pasti lar... tapi aku harap, biarlah dia sekadar mengambil berat bukan cemburu buta. sbb aku takut perkara lain akan terjadi. ye ar, orang cam aku nih terlebih peramah. bebudak laki kat opis nih mmg jadik geng lar. aku takut gak suami aku salah paham. tapi suami aku kenal dorang sume. tak mungkin pulak kan? hmmmm entah lar...dah tua2 nih, terlebih2 manja pulak. nak mengada2 kut... mana lar tau...

wat ever pun, ari nih friday. sok cuti 2 ari... aku dah merangka2 projek nih...beh nye dapat layan cite korea n baca novel yg aku baru beli minggu lepas.

p/s : mah, ena! korang layan cite 8tv yg baru tu (gourmet). beh gak. tapi hero kureng ensem...tapi cite beh..gurl pun lawa2...



Glitter Text Generator

Thursday, July 16, 2009

CATATAN INI KHAS BUAT RA....

Ra! ko tolong baca luahan aku nih. sape member ko nama "PHARIZA ANI"? Ko kan ada anta email Oouch So Cute! tapi nothing. pas tuh ada sorang member ko jawab, kosong jerk. aku pun jawab lek, aah tak dek attachment pun. ko tau yg member ko yang aku highlight kat atas tuh leh sound aku...(ko spe....tk anta kat ko pun...tolong sikit)... hek eleh, tak baca subjek tul minah tuh... kalau ye pun suh la dia berbudi sket. member ko yg rahayu ngan wahidah tuh anta kat aku, aku tak cakap pape pun kat dorang... ish..ish...jgn ler kerek sgt....kalau tak kenal pun, tak yah ler anta email cam tuh. sedih aku baca... anyway aku bukan marah ko ra, jgn ler terasa ati lak ek.. sajek meluah perasaan...hu...hu

Glitter Text Generator

KHAMIS YANG HENING, PENING, KUNING, BENING...

Salam geng....
Sonoknya...hari khamis dh tiba, sok jumaat...sabtu & ahad cuti... Beh nyer.... suami aku janji nk ajak g berkelah weekend nih. tapi lum kompom nk g pantai mana... pape hal, nanti baru bincang lek. Beh gak tuh...lama dah tak berkelah cam tuh... tapi suami aku nih, sorang yg tak bole di pakai sgt cakapnya... kekadang hari nih cite lain, sok2 jadik lain. so, jgn terlalu mengharap sesangat...

Hari ni hari suram...(peod ler...) pas tuh senggugut pulak lagi... adush! peritnya perutku... tadik bebudak opis aku nih, g amik mangga muda. ye ar memasing mengidam kan. ibu2 mengandung ler katakan. pas tuh aku pulak lain pulak mengidamnya. teringin nk makan kerabu mangga. nasib baik bile tengok kat pantry, ada bahan2 nk buat kerabu mangga. aku pun amik sebijik mangga ibu2 mengandung tuh, dan wat kerabu mangga. tapi lupa nk snap tadik. sedap tul masa makan nasik... walaupun agak pedas sket, tapi sehingga menjilat mangkuk. bebudak tuh pun apa lagi tumpang sekaki... bangga lar sekejap, sbb sume cakap aku wat kerabu mangga sedap. ish! tak sia-sia menuntut ngan suami aku...

suami aku tuh, walaupun tokey grill, tapi terror memasak. kebanyakan masakan yang aku pandai masak skang nih, belajar dari dia ler... tapi boring gak suami pandai masak nih, sbb dia suke komplen masakan kita. yang lebih parah tuh, dah lar kutuk masakan kita, tapi makan berpinggan2. ada ke patut? sabor jerk lar....

Glitter Text Generator

Wednesday, July 15, 2009

suram...muram...kelam...param...seram...ramlah ram...

hari yg membosankan.....hari nih pepagi bos aku tuh period gak nye...ish tensen tul...
dah lar aku cuti lama ari tuh masa arwah abah aku meninggal. so, report dia lmbt lar sket. ari nih dia membebel. sume benda nk cepat. aku dh lar ada 2 tangan jerk. nnti lar aku modified tangan aku jadik 6. baru senang nk wat multitask nih. tensen tul... cam ler aku tak tahu. kalau dah siap mestila aku dh anta kat dia...letih tul... lumrah keje ngan orang. kat memana pun sama gak. tapi dia tuh, as a boss, supposed to be consider lar sket. understand orang punye situation. baru lar staff sayang. dah lar aku sedih, mase arwah abah aku meninggal, dia langsung tak menjengukkan muka apalagi nak menelefon aku untuk say takziah pun tidak. memang tak berperasaan betol. nasib baik bini dia tuh baik. sanggup datang menziarahi aku n family. aku bertahan lagi kat sini pun, sbb bini dia tuh. baik sgt ngan kiteorang sume. mmg kebetulan family bini dia nih sume baik2. pemurah dan baik hati walaupun dorang kaya. tak sombong langsung. tak macam bos aku nih. dh la menumpang kesenangan bini. tak sedar diri. (ish! kalau lar dia baca luahan aku nih, korang rasa aku kene buang keje tak?) alar...sori lar bos, bukan ape, sekadar meluahkan perasaan hati yang tensen jerk. nak cakap depan2, tak berani. takut kene buang keje, naya gak. tak pe, nanti raya mintak mahap ek...bos....
tapi skang aku dh okeh sket. sbb sume report dia aku dh submit. tengok dia pun tak komplen report aku. harap2 tak dek lar yg menyakitkan ati aku lagi pas nih....skang tengah sibuk prepare tuk report next month. aduh! bile lar nk abis keje nih...
Glitter Text Generator

Tuesday, July 14, 2009

Jerebu oh Jerebu...

Skang tengah musim jerebu. adush! tak tahan aku... penin pun ada. sakit tekak. nak muntah. ish memacam lak. tapi yg pasti nafas rase cam tak beh sebab rase sesak, rase cam sedut asap bakaran sampah. mmg memeritkan tekak....petang2 cam nih rase cam teringat kenangan bersama arwah. mungkin sebulan dua nih, kenangan bersama arwah tak kan hilang dari memori. 2,3 malam lepas aku ada bermimpi arwah. tapi dalam mimpi tuh aku rase dia masih hidup. dia suruh aku buat kenduri. bangun jerk dari tidur aku terus teringat satu peristiwa di mana arwah pernah mengajak aku buat kenduri. mase tuh kami baru jerk lepas kenduri cukur jambul maisarah (anak buah aku). aku pun terus cakap kat dia, kan baru jerk lepas kenduri. dia jawab, itu kenduri cukur jambul, dia nk suruh kenduri doa selamat jerk. aku pun terus janji ngan dia, nanti bila ada duit sket dan ada masa, kite buat lar. dia jawab balik, bukan nak masak beria-ia, cuma masak bihun sup ker. benda yang ringkas. aku terus diam jerk. tapi dalam hati ada berjanji akan cuba menunaikan permintaannya. itu yang aku kesal, sampai saat dia menghembuskan nafasnya, aku masih belum menunaikan permintaannya. rase kesalnya aku.... kenapa aku boleh abaikan permintaan abah? kenapa aku buat tak endah apa yang dihajatkannya? kenapa? InsyaAllah, bila aku berkemampuan akan kutunaikan hasratnya.

Glitter Text Generator

Rambut baru aku...

Haru biru aku semalam... kepala gatal sgt2. keliling aku mencari kedai gunting rambut. imah suh aku pegi salon kat depan kedai amra. tapi malang nasib aku kedai tuh tutup. aku tepon adik aku, tanya salon yg murah dn dekat. dia ajak aku g kundang cina. memang murah kedai ni. gunting sekali cuci baru rm15. kalau kat emkay, gunting jerk dh rm15. puas ati ler. siap aku suh dia buh ubat nk ilangkan kelemumur. baru lar rase lega sket. kalau tak, tergaruk2 cam beruk kene belacan. ringan sket pala aku nih....

Amacam geng? cun tak wajah baru aku setelah aku berambut baru? cam polis wanita lak aku rase...he..he..






Pandangan dari belakang..... bukan jangan pandang belakang ek...


Pandangan dari depan... tol tak cam polis wanita?




Glitter Text Generator

Monday, July 13, 2009

Twin Skang nih dah pandai mintak nak bergambar...ish ish.. menakutkan...jangan dia teringin nak jadik model sudah ler...


Tengok tuh, makan strawberry pun suh amik gambo.... (ni mase besday anak buah aku...(anak adik tiri suami aku))

Ha!!! nih baju yang bos aku bagi mase dorang g bali hari tuh.... anak aku punya lar tak nak pakai, sebab belakang dia terdedah... bagus! kecik2 dah pandai tak suke seksi...


Ni lar besday boy. ish manja giler budak nih.... maklumlar...anak sorang. tapi aku tak puas ati gak ngan mak mentua aku. ye ar...budak tuh dan standard 1. tapi still dimanjakan bagai nak gler. siap anta makanan mase rehat g. pagi petang anta makanan. bukan nye tak bole suh dia bawak bekal sendiri. alasannya, nanti makanan tuh dah sejuk. dah tak sedap. sok budak tuh jadik tanggang baru tau....pelik lar manusia nih...kite pun manjakan anak, tapi tak lar melampau. tpi nih bukan kes manja anak, dia dah kes manja cucu...



Tengok ar si kembar tuh, besday orang pun dia lar yang paling sibuk. nanti bile besday dia memalu lar pulak...ish! nak kene budget nih....tapi rasenye tahun nih cam nak buat doa selamat jerk sekali ngan tahlil arwah abah. nnti balik bincang ngan hubby....






Glitter Text Generator

Black Monday

Aku pasti dalam sume hati orang yang berkerja, monday adalah hari yang paling membosankan.... betol tak? bukan pe, ari nih adalah hari pertama berkerja untuk minggu itu setelah pulang dari bercuti. pas tuh, dari isnin nak smpi ke jumaat kene mengharungi 4 hari baru sampai...ish lama gak tuh... pas tuh bile dah sume orang tak dek mood, bos pun ikut sama lar ilang mood. bile bos dah ilang mood, maknanye anak2 buah kene lar hati2. jangan sampai tersakitkan hati bos, sebab bila bos dah sakit hati bukan satu dua orang yang kene, silap2 satu opis terbabit sama. lumrah hidup manusia.... sabo jerk lar... Monday? Aku? hmmm....aku pun sama jerk cam orang lain. tak suke monday. tpai wat to do. have to journey till end. ari nih aku pose.... letih sket lar...biase ler, kalau pose nih, aku lar pekerja yang paling senyap kat opis. malas byk cakap, nanti termengumpat kureng pahala pose aku...he..he... sabtu lek kampung, semalam (ahad) lak g umah mak mentua. adush! satu hari duk umah dia. naik biol dibuatnya. tapi satu benda aku respek kat mak mentua aku nih, dia bole buat dapur umah sendiri. pergh! mana nak cari seorang nenek bole buat bangunan dapur. pelik tapi benar. memang mak mentua aku nih flexible. serba boleh. suami aku pun tabik spring kat dia. terkejut suami aku sebab dapur mak dia dh siap. sebenarnya mak dia suh dia wat dapur tuh dh 2 minggu. tapi suami aku tak sempat. sebab keje dia pun byk sgt. tambah lak ngan abah aku baru meninggal. rupanya mak mentua dia dh malas nk tunggu suami aku terus buat sendiri. sedih gak suami aku sbb dah kecewakan mak dia. sebagai menebus kesalahan, tu lar dia tolong mak aku semalam. sampi sehari suntuk tolong pasang bumbung, pintu and tingkap. entah lar...mak mentua aku nih. bukan umah sendiri pun. umah sewa jerk, yang beria-ia sangat tuh nape lar...pelik tul aku. kalau umah sendiri tuh, gagah gak. mak mentua aku nih, terlampau sayang cucu, sampai sanggup tinggalkan rumah kat kedah semata2 nak duk sekali ngan cucu dia....heran kan? orang tua selalunya lagi suke duk kg. tapi mak mentua aku lain sket. tapi elok gak dia pindah sini. sbb kalau dia duk sana pun, 2 minggu sekali mesti dia turun kl. sbb tak tahan rindukan cucu. biarlah dia duk terus kat sini. tak dek lar kami risaukan dia yg dalam perjalanan. tak paham...harap aku dah tua besok, jgnlar jadik cam tuh. kalau bole masa tua aku nanti, aku nak habiskan masa untuk beribadat. itupun kalau sampai...harap2 aku diberi peluang untuk merasai masa tua itu...amin...

Glitter Text Generator

Friday, July 10, 2009

tabah lar...hati

Jumaat penghulu segala hari... cam tak terasa pun... baru smlm start keje, tetiba ari nih dh last keje.... sok cuti g.. erm.. tapi tak rehat gak. sebab nk kene balik rumah kak cik. sok dia nak wat bayar fidyah sekali ngan tahlil untuk arwah abah. terpaksa lar kami sume berkampung kat sana pulak. ye ar...mungkin dia nak tebus balik apa yang dia tak sempat buat ari tuh. biar lah dia... aku pun kalau ada rezeki lebih nanti, nak gak wat tahlil untuk arwah abah. skang nih, aku lum mampu lagi nak wat kenduri... setakat tolong mak sket2 buleh ler... erm... aku nk ucapkan terima kasih pada kengkawan yang sudi menziarahi keluarga aku hari tuh, and tak lupa gak pada kengkawan yang sampaikan ucapan takziah untuk aku n family. korang lar yang membantu untuk aku bangun dan terus tenang mengharungi ujian dan dugaan Allah s.wt. kali ini. tanpa sokongan korang, mungkin aku masih lagi tak mampu tersenyum seperti ari nih. terima kasih kengkawan atas sokongan korang. aku doakan korang dan keluarga sihat sejahtera hendaknya. amin.... for my family, harap korang sume tabah lar...especially mak. aku risau gak kalau dia down sangat setelah kehilangan abah. tapi aku tahu, mak akan kuat. aku berjanji aku akan sentiasa menjaga dan menjenguk dia setiap kelapangan yang aku ada. mak, ida janji akan jaga mak seumur hayat ida.... sayang...mak...

Glitter Text Generator

Thursday, July 9, 2009

Al Fatihah buat ayahandaku Jahari b Ismail

Lama aku tak menulis kan? Aku masih dalam tempoh berkabung. Aku baru kehilangan abah. Tapi aku redha diatas ketentuan Illahi. Dah lama abah menderita penyakit buah pinggang. Hospital selayang tuh dah macam rumah kedua abah. Memang aku sedih. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur kerana penderitaan penyakit buah pinggang yang dialaminya telah pun berakhir. Tanggal 4/07/09 akan kekal segar dalam ingatan aku. Pagi itu aku sempat lagi menulis blog aku. Aku bercuti hujung minggu hari itu. Selesai menulis blog, aku terus mandi dan keluar beli sarapan untuk suami dan anak2. Selesai bersarapan, aku mengajak suami keluar berjalan-jalan. Tapi suami aku menolak, mengatakan dia masih keletihan. Dia ingin berehat sebentar. Aku yang kebosanan terus memasang dvd korean series “My Girl” yang ku kirim beli dengan kakak ipar bos aku sewaktu diaorang ke Penang tempohari. Habis satu episod cerita korean tuh, aku dapat panggilan. Aku tengok nombor mak. Aku pun terus mengangkat dengan tanpa rasa cemas. Sebab mak memang selalu telefon waktu cam tuh. Mesti suruh datang rumah dia, sebab rindu dengan si kembar. Kebetulan malam sebelumnya aku tak pergi rumah mak. Balik keje tuh, aku letih gila. Tu yang tak pegi umah mak. Apabila aku jawab telefon, adik ipar aku suruh aku datang rumah. Aku tanya kenapa. Dia kata abah tak boleh bercakap dan tak boleh makan. Aku dengan tak dek rasa apa-apa, terus kejutkan suami aku. Aku minta izin nak ke rumah mak. Selalunya kalau aku dengar berita tentang abah, aku akan cemas. Tapi entah kenapa hari itu aku terlalu tenang. Kebetulan suami aku nak ikut aku kerumah mak. Sementara tunggu suami aku bersiap, aku pun menyiapkan si kembar. Sampai jek kat rumah mak, aku terus meluru melihat abah. Aku lihat keadaannya agak mencemaskan. Nafasnya tercungap-cungap. Aku terus duduk disisinya sambil mengurut-urut dadanya. Aku tanya pada abah “Abah sakit?”,. Abah hanya mengangguk. Aku tanya lagi kat bahagian mana yang sakit. Dia jawab seluruh badan. Hatiku terus berdetak. Tapi kemungkinan itu kutolak ketepi dahulu. Aku menjadi sangat tenang waktu itu. Langsung tak ada air mata menitis walaupun mak dan kak long dah bercucuran air mata. Aku terus ajak suami bawa abah ke hospital. Suami cari orang untuk tolong dia angkat abah. Setelah beberapa kali mencuba untuk mengangkat abah, kami tidak berjaya. Ini disebabkan oleh badan abah yang lemah dan tidak berdaya. Dia juga tidak berdaya untuk duduk dengan betul kerana sebelah badannya tidak dapat digerakkan. Aku mengambil keputusan untuk menelefon ambulan untuk membawa abah ke hospital. 20 minit kemudian, ambulan dari hospital sungai buloh tiba. Abah terus dibawa kehospital dengan kadar segera. Aku dan suami mengikut ambulan dengan kereta. Tapi kami tiba lewat 15 minit dari ambulan kerana kami mengisi minyak kereta. Aku anak pertama yang tiba di hospital. Kak long, mak dan adik sampai 10 minit selepas itu. Waktu aku sampai di hospital, aku terus meluru bertemu doktor. Hatiku terus luluh bila doktor menyatakan bahawa keadaan abah sangat kritikal. Aku takut kemungkinan itu akan berlaku. Aku terus menghubungi dua orang lagi kakakku di kampung, nyatakan tentang keadaan abah. Kak ngah terus bergegas pulang. Dia yang masih berkerja, terus sahaja meninggalkan kerjanya. Tpi kak cik, masih tiada tindakan. Dia sekadar meminta aku memaklumkan keadaan abah dari semasa ke semasa. Aku sedih dengan kenyataannya. Dah la selama ni, sewaktu aku kata abah tengah sakit terlantar, belum ada satu hari pun, yang dia pulang menjenguk. Sedang di saat abah kritikal ni pun, dia boleh berkira-kira lagi nak balik atau tidak. Aku yang dah tak kuasa nak bercakap dengan dia, terus sahaja memutuskan panggilan. Aku rasa kecewa dengan dia. Tepat pukul 3.20 kak ngah tiba dihospital. Dia sempat berjumpa abah dan mengatakan dia dah sampai. Abah hanya mengangguk. Tapi keadaannya masih berbahaya. Doktor mengambil keputusan untuk transfer abah ke selayang hospital. Sebab di sana ada pakar buah pinggang. Tepat jam 3.45 kami bergerak mengiringi abah ke selayang. Hanya mak yang menaiki ambulan menemani abah. Aku, kak ngah dan adik menaiki kereta ke hospital. Kak long, suami dan anak2 angah terus pulang kerumah. Sampai di taman ehsan, kak long telefon mengatakan bahawa abah masih dihospital sungai buloh. Ada masalah untuk transfer abah ke selayang. Aku terus kol mak, dan mak pun menyatakan perkara yang sama. Kami berbincang sesama sendiri, dan mengambil keputusan untuk tidak patah balik. Sementara menunggu panggilan mak, kami mengisi perut yang dah berbunyi2. Walaupun tidak berselera, kami tetap kene mengisi perut juga. Selesai makan, mak telefon mengatakan mereka sudah dalam perjalanan. Kami terus membayar makanan, dan bergegas ke hospital selayang. Sampai di hospital ambulan abah telah tiba. Setelah selesai pendaftaran, abah di tempatkan di wad 7A katil 6. Kami terus menuruti abah di wad berkenaan. Sampai di wad, doktor sedang merawat abah. Kami hanya menanti dengan debaran. Kemudian doktor menemui kami, dan menyatakan bahawa keadaan abah sangat kritikal. Waktu inilah, barula airmataku laju menuruni pipi. Aku faham bahasa seorang doktor, sekiranya dia menyatakan keadaan kritikal, bermakna tidak ada harapan lagi. Lagipun doktor menasihatkan kami menghubungi seluruh ahli keluarga dan berharap bahawa kami tidak meninggalkan abah. Kami terus menghubungi semua adik beradik abah dan mak untuk memaklumkan keadaan abah. Melihat keadaan abah yang terlantar dengan alat bantuan pernafasan, aku tak mampu menahan sebak didada. Aku menangis. Selama ini aku telah melihat keadaan abah dari masa ke semasa. Tpi aku dapat merasakan bahawa hari itu aku akan melihatnya untuk kali terakhir. Aku benar2 sedih. Aku hubungi suami di rumah. Dia terpaksa menjaga si kembar. Dia hanya sekadar menenangkan dan menasihatkan agar aku tabah menerima ujian Allah s.w.t kali ini. Dia menyuruhku terus berdoa agar abah selamat.
Selesai aku bersolat maghrib, doktor datang memeriksa abah. Kali ini kenyataan doktor benar-benar menguatkan rasa hati aku. Abah semakin kritikal. Tekanan darahnya semakin menurun. Aku masih tetap setia membacakan yassin untuk abah sejak dari mula kami tiba di hospital selayang ini. Kak ngah dan mak silih berganti mengajar abah mengucap. Aku pun setelah selesai membaca yassin, akan membisikkan kalimat Allah ditelinga abah. Aku syukur kerana abah tidak kelu. Walaupun tidak ada butiran kalimat keluar dari mulutnya, namun pergerakan bibirnya menyatakan bahawa dia sedang berzikir bersamaku. Sepanjang malam itu, kami tidak berhenti melakukan yang terbaik untuknya. Tepat jam 9 malam, semua anak2 abah telah berkumpul kecuali kak cik yang masih dalam perjalanan. Kalaulah dia dengar kata aku siang tadi, tentu saat ini dia juga dapat berkumpul bersama kami. Setengah jam selepas itu, Sani terpaksa pulang sebab anaknya tidak berhenti2 menangis. Mungkin petanda buat kami, tapi kami tidak mengerti. Sewaktu sani membisikkan ke telinga abah bahawa dia terpaksa pulang aku lihat ada air mata yang bergenang ditubir mata abah. Dia menggenggam erat tangan sani. Aku semakin sayu melihat keadaan itu. yassin yang ku baca rasa tersekat2 dek sendu yang beraja. Jam 10.30 doktor menemui kami. Dia ingin mendapatkan darah abah untuk diuji. Sejurus sebelum itu, kami sempat membasahkan tekak abah dengan air yang kami basahkan dibibirnya yang kering. Sewaktu doktor dan nurse sedang berkerumun untuk mengambil darah abah, dari celahan kain yang terbuka, aku dapat melihat keadaan abah semakin kritikal. Aku lihat abah tidak lagi menyahut apabila dipanggil. Nurse dan doktor semua telah berkumpul di katil abah. Aku dapat menjangkakan sesuatu telah berlaku. Tepat jam 11, doktor mendapatkan aku dan kak ngah yang masih berada disitu. Kak long, mak dan adik sedang berehat di ruang menunggu. Doktor menyatakan bahawa jantung abah telah berhenti 10 min yang lalu. Dia berjaya mendapatkan jantung abah kembali setelah berusaha melakukan CPR. Tapi dia tidak jamin berapa lama jantung abah mampu berfungsi. Airmataku semakin laju menuruni pipi. Aku terus memaklumkan kepada kak long, mak dan adik. Masing2 luluh. Sewaktu kami menemui abah, seorang nurse sedang membantu mengepam jantung abah. Kami terus membacakan yassin untuk abah. Waktu itu juga, adik abah dari sg besi tiba. Aku dan mak cik membacakan yassin. Kak long, mak, kak ngah dan adik bersilih ganti membisikkan kalimat Allah di telinganya. Tepat jam 11.25 abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kami sekeluarga pasrah dan redha. Saat itu, aku dapat merasakan bahawa aku telah kehilangan abah yang selama ini aku kasihi. Saat itu juga terbayang saat2 aku pernah menderhaka padanya. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. Ampunkan Ida, abah. Selesai mendapat pengesahan daripada doktor, jenazah abah dihantar kebilik mayat. Kebetulan brader yang keje kat bilik mayat tu offer supaya jenazah abah siap dimandi dan dikapankan di hospital. Mulanya mak tak setuju sebab dia nak jenazah abah di mandikan dirumah. Tapi setelah kami semua berbincang dan mengambil kira tempat dan orang2 yang akan memandikan jenazah abah, kami nekad menerima tawaran hospital. Jenazah abah di bawa balik kerumah setelah siap dimandi dan dikapankan. Jenazah tiba dirumah tepat jam 4 pagi. Sepanjang malam sehingga jenazah abah dibawa untuk disembahyang dan dikebumikan pada pukul 9.30 pagi, aku dan kak cik bergilir-gilir membacakan yassin dan al-quran untuk jenazah. Walaupun mata aku dah semakin layu, kepala aku dah rasa berdenyut, namun aku tetap gagahkan diri untuk menjaga jenazah abah. Aku ingin mengikut jenazah abah dikebumikan. Tapi apakan daya, anak2 aku tak mahu ditinggalkan. Aku sekadar mewakilkan suami pergi menguruskannya. 3 hari selepas pemergian abah, baru kami adik beradik menziarahi pusara abah. Walaupun telah 5 hari berlalu, namun ingatan pada abah semakin kukuh. Dan seolah-olah sukar untuk kukikis dari ingatanku. Setiap kali selepas bersolat, aku pasti mendoakan untuk arwah dan setiap kali itulah air mataku tidak kering mengalir. Aku masih belum kuat untuk pulih seperti sediakala. Keadaan semakin syahdu, lebih-lebih lagi selesai bersolat maghrib. Saat itu, ingatan terhadap abah terlalu segar. Semoga roh abah aman di sana. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga dijauhkan dia dari azab siksaan kubur dan api neraka... amin.... Abah, anakmu ini memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini anakmu ini terlalu banyak melukai hatimu. Anakmu ini terlalu kerap menyakitimu. Anakmu ini sering membuatmu kecewa. Aku berjanji, aku akan berubah menjadi anak yang solehah untuk mendoakan mu, disana. Al Fatihah buat arwah Jahari bin Ismail.

Glitter Text Generator

Saturday, July 4, 2009

Cerita Sabtu

Yey! Coti ujung minggu lagi. saat yang paling menggembirakan. aku suka kerja sebab dapat gaji. tapi aku bosan jugak nak keje. ada tak benda yang aku leh buat kalau aku cume nak gaji tapi tak nak keje? he..he... Pelik tul. pagi nih awal betol aku bangun. selalu kalau ari keje kemain liat lagi nk bangun. selalunya lepas subuh mesti nk tido balik. kekadang sampai terbabas. tapi hari nih lain lar pulak. lepas subuh lansung tak nak tido. mata aku nih mmg jeles lar ngan aku. dia tak kasik aku tido sebb nnti aku tido smpi tengahari kut. suke ati aku ler mata. ko jeles pesal pulak? sekurang2nya ko dapat berehat lama. apa aku nak buat pepagi buta nih? erm...nk wat sarapan aku malas. sambung novel aku ler....bagus gak... okeyla..cau cin cau...

Glitter Text Generator

Friday, July 3, 2009

Gumbira vs Sedih....

Gumbira kan bile mendapat berita tentang bakal kelahiran zuriat kita? Apa lagi ia adalah tanda cinta antara kita dan pasangan... Tapi bukan aku yang ada berita gumbira tuh...InsyaAllah... rezeki aku akan tiba jua nanti. sebenarnya aku nk congrats to my best partner kerana disahkan pregnant 7 week. Menyegih jerk dia.... Sonok gler... ye ar.. dia tuh dh lar ada masalah period tak teratur. bile di sahkan mengandung, mau nye tak sonok. Tapi dalam orang meniti keseronokan untuk menimang cahaya mata, aku masih diselubungi kesedihan. Semalam aku puasa. pas tuh teringin nak makan murtabak. aku pun pegi pasar paya jaras. pas tuh teringat pulak abah suke makan putu mayam. kebetulan kat pasar tuh ada orang jual putu mayam. aku pun belikan tuk abah. lepas isya' aku pun g umah mak. bagi abah makan putu mayam. baru secubit masuk mulut dia, tetiba dia muntah balik. kesiannya aku masa tengok dia cuba untuk muntahkan balik makanan dia tuh. peritnya tak dapat aku bayangkan. kasihannya.... Setiap manusia berlainan ujiannya. tak sangka agak berat ujian untuk abah dan kami sekeluarga. semakin hari, aku merasakan abah semakin kritikal. yang lebih menyedihkan, di saat dia memerlukan, anak2 payah sangat nak menjenguk dan menghulurkan bantuan. tak terdaya hanya aku seorang yang bersusah payah untuk abah. sedangkan abah sanggup bersusah payah membanting tulang untuk hidup kami 6 beradik. mana pergi kesemua adik beradik yang lain? aku bole terima kalau kerja jadi alasan, tapi tak kan la sampai tak dek langsung sehari untuk bercuti menjenguk abah? yang lebih pedih apabila kenduri orang lain jadi alasan untuk tidak balik bertemu abah? Kenapa? Mengapa? kalian semua tak bole fikir ker? apa yang korang buat hari ni, tak mustahil untuk anak2 korang akan buat jugak satu hari nanti? sekurang-kurangnya kalau korang sume balik, aku ada gak teman-teman untuk aku berbincang apa yang terbaik untuk kita lakukan pada abah? sakit hati aku dah tak terkira. Aku tak berhak nak marah korang? sebab aku yg paling muda antara korang. tapi kenapa aku yang muda lebih risaukan abah? sebab aku yang paling dekat dengan abah? tapi korang ingat tak? aku anak yang paling abah tak suke sebab terlalu banyak memalukan, menyakitkan dan melukakan hati dan perasaan dia? sedangkan korang sume anak kesayangan dia. sebab korang tak pernah ingkar padanya. aku anak yang paling kuat melawan. tapi hari ini, aku anak yang paling sayangkan dia. aku tak kata yg korang tak sayang dia, tapi aku tak nampak bagaimana cara korang menunjukkan kasih sayang? adakah dengan tidak balik menjenguk dia w.pun dia dalam keadaan tenat nih, tanda korang sayang dia? adakah setakat menghulur rm10-20 tu sbg tanda cinta korang? sedarlah...wahai kakak2ku. adik mu di sini amat memerlukan korang. balik lar....

Glitter Text Generator

Thursday, July 2, 2009

LALAIKAH KITA?

Pelik manusia nih sebenarnya. Belajar tentang agama, solat lima waktu tak pernah lalai, mengaji dengan lunak, tapi lupa kedua ibubapa. Kekadang tak paham, lebih baik orang yg melalak 24 jam, lalai menunaikan kewajipan kepada Yang Esa, namun berbakti kepada kedua orang tua tak pernah diabai. Yang lebih menyedihkan, apabila segala harta orang tua itu, digolok digadai. Maklumlah, orang tua. Bukannya dapat mengingati semua perkara. Adakalanya nama penuh sendiri pun dilupa. Anak2 yang tidak mengenal dek untung itu, dengan sewenangnya mengaut segala keuntungan. Sedangkan anak yang taat dan setia berbakti kepada orang tuanya, hanya sekadar melihat perbalahan mereka merebut harta pusaka dan peninggalan orang tuanya. hairan kan? mengapakah ada manusia yang tergamak begitu? Mungkin mereka masih belum diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t. Semoga janganlah kita tergolong dalam manusia2 yang seperti itu. selagi punya dan kesempatan, berbaktilah kepada orang tua kita sedayanya. Usah di sesali setelah mereka meninggalkan kita buat selamanya. Sedarlah kita bahawa kehidupan kita ini adalah umpama sebuah putaran merry brwon (pinjam ayat zura). Segala yang kita lakukan saat ini, tidak mustahil untuk kita terimanya dimasa hadapan. beringatla....

Glitter Text Generator

semakin teruk

Adush! tekak aku semakin sakit. perit sesangat. nak2 lagi mase bangun tidur. macam nak telan pasir. kesat semacam. skang suara aku pun dah berubah. dah tak merdu cam siti nurhaliza lagi. dah tak bole k'oke.
bapak aku semakin teruk. skang nih memang langsung dah tak bole bangun dari katil. semalam dia kene cirit birit. hampir 10 kali berak2. sian kat mak. dah la abah tak bole bangun, mak terpaksa kene cuci najis abah kat katil jerk. aku dah ajak mak, bawak abah g klinik. tapi mak biasalar... tak nak bawak abah g spital. takut nanti dorang buat bukan2 kat abah. tau2 jerk lar, kalau kat spital, ada jerk yang dorang nak kaji. cucuk sana sini. mak tak sampai hati. tapi aku lagi tak sampai ati tengok mak aku susah payah cam tuh. mak pun bukan sihat sangat. dia ada darah tinggi. takut bile terlalu tensen, nanti dia pulak yang pensan. lagi haru biru. si adik yang kat umah tuh langsung tak bole harap. melalak 24 jam. abiskan duit mak. sian nye orang tua aku. kalau lar aku tak punye byk komitmen, dah lama aku benti keje and tolong mak jaga abah. abah pun dah semakin kurus skang nih. badan dia tinggal kulit dan tulang jerk. mana tidaknya, makan pun tak mahu. semalam masa bagi dia minum air milo, bersembur keluar balik. dia muntah. aku kol adik beradik yg lain, tapi memasing pun ada komitmen sendiri. mungkin dorang akan balik ujung minggu nih. ye lar, aku pun paham masalah memasing. aku harap, Allah kuatkanlah semangat kami sekeluarga menghadapi keadaan abah yang semakin serius tu...Amin...
Glitter Text Generator