? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

islamic calendar

TWINS BIRTHDAY

Lilypie - Personal pictureLilypie

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Saturday, May 2, 2009

Sebuah Kehilangan part 2

Pagi itu adalah hari ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Berbagai rancangan telah diatur Hazriey untuknya dan buah hati pengarang jantungnya itu. Sengaja dia mengambil cuti dua hari untuk meluangkan masa bersama isteri tersayang. Dia telah menempah sebuah bilik hotel di Cameron Highlands. Sepanjang setahun berkahwin mereka masih belum berkesempatan untuk berbulan madu. Namun, segalanya dirahsiakan daripada pengetahuan isterinya. Segalanya telah diatur sempurna olehnya. Sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Tapah, Aisya sering bertanya kemana arah tujuan mereka. Namun, hanya senyuman pengganti sebuah jawapan. Aisya menarik muka masam apabila soalannya tidak mendapat jawapan. Namun, apabila melihat kereta mereka masuk ke persimpangan Tapah, hatinya mula berbunga riang. Dia tahu kini kemana arah tujuan mereka. Memang dari dulu dia mengimpikan untuk menjejakkan kaki kesini. Selama ini hanya omongan kawan-kawan sahaja menghiasi gegendang telinganya tentang keindahan bukit Cameron Highlands. Dia ingin sekali kesini. Namun sering tidak punya kesempatan. Sudah dua kali impiannya direalisasikan oleh suaminya. Dia amat bersyukur dikurniakan jodoh seperti Hazriey. Seorang suami yang bukan sahaja penyayang, romantik, prihatin dan terlalu memahami minat dan kehendaknya. Sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dipertemukan dengan suaminya itu.
Teruja dengan kejutan percutian ke Cameron Highlands, sehingga dia terlupa pada perut yang semakin membusung. Sehingga memaksa Hazriey singgah sebentar di Lata Iskandar untuk bermandi-manda. Namun, ternyata permintaan itu tidak mahu direalisasikan oleh suaminya. Kerana permintaannya tidak dikabulkan, sepanjang perjalanan dari Lata Iskandar sehingga ke Brinchang, dia langsung tidak memalingkan wajahnya walaupun berkali-kali diusik oleh Hazriey. Entah mengapa hatinya benar-benar sebal kerana keinginannya dibantah. Walaupun dia tahu keinginannnya itu agak membahayakan nyawa dia dan kandungannya dan agak tidak munasabah untuk direalisasikan, namun dia tetap tidak berganjak dari kemahuannya. Akhirnya Hazriey terpaksa mengalah dan berjanji akan singgah di Lata Iskandar sewaktu perjalanan turun dari Cameron Highlands nanti. Seraya itu terukir sebuah senyuman yang amat manis untuk suami tercinta. Hazriey sekadar menggelengkan kepala mengenang sikap degil isterinya. Namun, kedegilan itulah yang membuat hatinya tertawan pada Aisya. Walaupun dia tahu cinta isterinya pada jejaka lain, namun dia tetap berusaha untuk mencintai isterinya sepenuh hatinya. Semakin keras hati Aisya, semakin cintanya bercambah buat wanita itu. Janji Allah s.w.t tidak akan berubah. Jodoh mereka telah tertulis di Azali. Dan dia bahagia bersama Aisya. Jika diberi seribu tahun lagi untuk hidup bersama Aisya, dia sanggup dan tidak ragu menerimanya. Namun, takdir Illahi hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sebagai hambaNya dia harus redha dengan ketentuan hidup yang di atur oleh Allah s.w.t. Dan pasti punya hikmah disebalik segala takdir dan ketentuan.
Selesai mendaftarkan diri di lobi hotel, mereka telah dibawa kebilik yang telah ditempah. Masuk sahaja kebilik hotel, satu lagi kejutan yang diterima Aisya. Tersedia hidangan makan tengahari buat mereka berdua. Tidak cukup sampai disitu kejutan buat Aisya, apabila hidangan dibuka terbau aroma bubur durian yang telah lama diidamkannya. Kebetulan tatkala dia mengidam untuk memakan bubur atau lebih dikenali sebagai serawa durian oleh sesetengah orang, yang lazimnya dimakan bersama pulut atau roti, bukan musim raja buah itu. Namun, kesungguhan Hazriey untuk mencari dan akhirnya direalisasikan sewaktu percutian bulan madu mereka yang pertama. Untuk ini, sudah tiga kejutan untuknya. Bakal adakah kejutan lain untuknya selepas ini? Dia hanya menanti dengan debaran namun tidak sekalipun lekang senyuman yang terukir dibibir mungilnya.
Sepanjang hari itu, mereka menjelajah seluruh kawasan bukit tinggi Cameron Highlands berpandukan peta yang mereka beli stesen minyak sewaktu mula-mula sampai disini. Aisya memenuhi keinginannya untuk memakan buah strawberry segar yang baru dipetik dari pokoknya. Tidak lupa juga menjamu tekaknya dengan sup sayuran yang segar. Malah makanan kegemaran Dato' Siti Nurhaliza yang sering diwar-warkannya, Strawberry cicah Coklat juga dijamah sekadar memenuhi tuntutan nafsu makan yang seolah-olah membuak-buak sejak tiba di sini. Segala jenis makanan baru yang diperkenalkan oleh para peniaga semua dicubanya. Hazriey juga terperanjat dengan perubahan mendadak isterinya itu. Masakan tidak, selama 7 bulan kandungan ini, Aisya seolah-olah hilang selera untuk makan. Tapi sejak tiba disini, selera makan isterinya sudah kembali pulih dan sebetulnya telah berubah. Namun, perkembangan terbaru itu membuatkan hatinya gembira kerana selepas ini dia tidak lagi perlu memaksa isterinya untuk menjamah makanan. Setiap keinginan isterinya dipenuhi dengan senang hati. Gembiranya bukan kepalang melihat selera isterinya yang bertambah. Dia mahu isterinya sentiasa sihat dan kuat apatah lagi apabila dia sedang berbadan dua. Menurut doktor yang merawat isterinya minggu lepas, berkemungkinan besar Aisya akan melahirkan anak sulung mereka awal dari tarikh jangkaan. Ini adalah kerana tekanan darah Aisya yang tidak stabil dan sering rendah daripada tahap yang sepatutnya, akibat daripada kurangnya selera makan Aisya. Semoga dengan perubahan ini, tekanan darah Aisya akan kembali normal.

0 comments: