? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

islamic calendar

TWINS BIRTHDAY

Lilypie - Personal pictureLilypie

OUR ANNIVERSARY

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, April 29, 2009

NURMAISARAH HIDAYAH....(25/04/2009)


















Tuesday, April 28, 2009

KEJOHANAN BOLA JARING

Ahad, 26 April 2009, satu kejohanan bola jaring piala YM Raja Norasyikin anjuran UMNO cawangan selayang berlangsung dipadang Sekolah Menengah Seri Kundang. 16 pasukan menunjukkan aksi diatas padang. Julung kalinya pasukan Arazz Group menyertai pertandingan anjuran UMNO cawangan Selayang. Perlawanan pertama bertemu Tasik Biru Cnior telah menewaskan Arazz Group dengan jaringan 13 berbalas 1. Tasik Biru banyak memperolehi penalti akibat daripada kesalahan yang dilakukan pemain-pemain Arazz. Namun, Arazz tetap bangkit bersemangat apabila bertemu dengan Kg Setia dan Utarid Team. Di atas kesungguhan kesemua pemain, Arazz Group berjaya merangkul tempat ke-8. Walaupun berada ditempat terakhir untuk menerima hadiah, namun ia satu permainan yang agak membanggakan berikutan ini adalah penyertaan pertama Arazz dalam Pertandingan / Kejohanan bola jaring. Pelbagai pengalaman dan skill permainan yang berjaya di kutip oleh pemain-pemain Arazz sebagai rujukan dimasa hadapan. InsyaAllah, untuk game yang akan datang, pasukan Arazz akan bangkit dengan penuh bersemangat dan seterusnya akan merangkul gelaran JUARA....GO...GO..ARAZZ....GO!!!! CHAYOK!!!CHAYOK!!!!

aksi-aksi rempit dipadang netball

mendengar taklimat....kusyuk la kengkonon....

kuku kene check sebelum permainan bermula

Ozom...untuk menentukan sapa yang akan memulakan pertandingan


Aksi sebelum perlawanan...yang tersesat tuh pengurus ek...jgn salah paham lak




CINTA..................Baik & Buruk

Cinta??????
Apakah makna CINTA? Tidak seorangpun mampu menafsirkannya dengan tepat... Jawapan yang sering singgah dicuping telinga adalah "suatu perasaan sayang oleh seseorang lelaki kepada perempuan dan sebaliknya". Namun sedarkah ungkapan itu hanya meluahkan rasa kasih sayang dan tidak memaksudkan apakah itu CINTA? Mungkin si pencipta perkataan CINTA itu sendiri juga tidak mampu mentafsir apakah makna sebenar perkataan CINTA. Namun cinta sering berkait rapat dengan perasaan saling kasih mengasihi diantara seorang manusia dengan manusia lain. CINTA juga bisa membuang rasa hormat dan maruah diri. Dan kerana CINTA juga ada manusia yang sanggup berbunuhan. CINTA bukanlah suatu perasaan yang buruk dan harus dielakkan. Adakalanya kerana CINTA seseorang itu berubah laku dari tidak disenangi kepada yang sangat dihormati. CINTA juga bagaikan satu suntikan semangat untuk melakukan perkara2 yang bukan keinginan hati. Adakalanya CINTA membuatkan manusia alpa pada hukum Tuhan Maha Pencipta. Dan kerana mabuk CINTA juga banyak benih-benih hidup subur dikantung rahim wanita yang belum berkahwin. Jika dinilai, pasti tafsiran diakal fikiran adalah CINTA amat menggerunkan dan harus dielakkan kerana ia hanya mengundang sikap2 negatif daripada positif. Namun jika ia ditafsir dari sudut yang sedikit berbeza, ramai yang berpendapat CINTA harus ada pada setiap diri manusia, barulah keamanan akan wujud didunia ini.....

FITNAH vs MAAF

Bila ingin menyayangi seseorang, adakah harus menyakitinya? Atau sewenang-wenangnya membiarkan dia terluka dengan sikap dan tingkah laku yang tidak disenanginya? Mengapa terlalu sukar untuk membahagiakannya hanya dengan satu perbuatan atau cuma sepatah perkataan ajaib yang bisa mencairkan hati sesiapa yang mendengarnya....MAAF?!!!! Apakah ayat keramat ini amat sukar untuk diluahkan? Mengapa manusia yang sering melakukan kesilapan amat sukar untuk menyebut perkataan keramat itu walaupun untuk seseorang yang paling dikasihinya? Memang diakui, ada segelintir golongan manusia yang sering meluahnya apabila melakukan kesilapan. Namun, ketelusan hati tika meluahkannya, tidak mampu ditafsir oleh mata kasar. Ia hanya dapat dinilai dari mata hati. MAAF hanya bermakna apabila sipengucap benar-benar memaksudkannya. Walau sebesar gunung sekalipun marahnya pada sipesalah, namun apabila ungkapan MAAF benar-benar dimaksudkan, pasti akan melembut dan membuka hati orang itu. Namun, jika ia hanya ungkapan dimulut, namun dihati masih menyemai dendam kesumat,pasti orang tidak akan menerimanya walaupun ianya dilakukan dihadapan berjuta saksi. Benarlah kata orang, untuk mencambah kebencian orang, hanya dengan satu perkataan "FITNAH". Dan untuk melembutkan hati juga dengan satu ungkapan"MAAF". Sentiasa berpegang pada KARMA yang dijanjikan. Bagaimana orang teraniaya dengan sikap kita, pasti kita akan menanggung akibatnya sepanjang hayat....

Friday, April 17, 2009

PENGORBANAN SEORANG IBU...........

"Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. ibu menggoncang-goncang dan meraup butiran beras didalam tin itu. hanya ada 2 tin susu sahaja yang masih berbaki. beras sudah hampir habis rupanya. pada siapa la ibu ingin mengadu? pada ayah? saya tahu ibu tidak mahu memikirkan perkara itu. ibu mengerling kearah kami yang masih belum makan. saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian memasukkannya kedalam periuk. air dituang sehingga penuh. setelah hampir setengah jam, ibu masukkan kedalam 10 buah pinggan yang sudah tersedia. bubur nasi itu berasap. seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yg paling bongsu. makanlah kami 10 beradik ini sehingga pinggan kami licin. malam itu kami tidur dengan nyenyaknya. pagi kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan ibu menyalakan api untuk memasak. ibu mengambil baki beras dalam tin susu. sekali lagi ibu membuat bubur cair. seperti semalam juga kami menghirup bubur sehingga habis. walaupun cair, saya rasakan ianya begitu enak sekali. kami mengadu tidak cukup, tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami. tengah hari itu pun begitu. bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. setiap kali waktu makan saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. mungkn ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. mungkin juga ibu bersyukur kerana walaupun hidup miskin dan susah tetapi kami tidak meminta-minta. kemudian saya lihat ibu berpaling kebelakang. masuk hari ke3, kakak sulung memandang kearah ibu yg sedang duduk membelakangi kami adik beradik. saya tidak menyangka seperti saya kakak juga perasan ibu akan membelakangi kami semasa menikmati bubur cairnya. yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk. saya tidak tahu kenapa. adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu. atau ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan. perlahan-lahan kakak mengengsotkan badannya mendekati ibu. alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa2nya ibu hanya melaga2kan sudu didalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. tiada sebutir bubur nasi pun didalam mangkuk ibu. kakak segera berbisik kepada kami yang duduk disekelilingnya. adik beradik yg lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yg bongsu. kemudian kami 10 beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi buat ibu. kami sedih. kami tahu ibu sedang kelaparan tetap ibu tidak mahu memberitahu kami. ibu berkorban untuk kami. ibu sengaja melaga2kan sudunya dengan mangkuk untuk membohongi kami seolah2 ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya. setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengengsot merapati ibu. kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi. makanlah, mak. kata kakak perlahan. ibu berpaling memandang kakak. tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun kemudian terus berlari kebilik dan menutup pintu. kami hanya mampu milhat titisan2 air mata ibu berciciran dilantai sehingga kepintu bilik............"

sedihnya cite nih. menangis bile baca artikel nih dalam mastika keluaran Mei 2009. aku betul2 tersentuh. alangkah bertuahnya hidup kita yang penuh sempurna. tetapi kenapa ada anak2 yang tak tahu menghargai ibu mereka ek? berbaktilah sementara mereka masih ada. pengorbanan seorang ibu mmg tidak ada nilainya dengan harta benda atau wang ringgit. mak....sayang mak...
anak2 mama sayang mama tak?

Thursday, April 16, 2009

ABAHKU SAYANG


Pergh........................
sonok gler cuti ari nih. dh 3 minggu aku bertungkus lumus wat keje. ye ar...partner aku kan cuti kawin. dia dh blik, aku pun amik kesempatan cuti. kebetulan ari nih kene bwk abah g spital. mmg tetiap bulan abah kene g spital. check darah dia. dia kan ada penyakit buah pinggang. tetiap hari kene cuci air 4 kali. sian gak nengok dia. skang nih, berjalan pun dh tak larat. kene berpapah. kalau jauh sket, kene naik wheel chair. tak sanggup gak nengok dia cam tuh. rase kesian sgt. skang nih pun, dia dh kurang mkan. kekadang mak kata, sehari sesuap dua jek masuk mulut dia. bercakap pun dh kurang. tadik sepanjang perjalanan dari rumah ke hospital, dia lebih byk mendiamkan diri. tak cam sebelum nih. byk benda dia nk tanya. aku rase tadik langsung dia tak bersuara. mungkin dia tak larat kut. nk menitik air mata tengok penderitaan abah. mungkin dh takdir dia cam tuh. nasib kite, lum tau g cam ne.
aku sentiasa doakan abah sembuh seperti sediakala. walaupun hubungan aku ngan abah tak berapa baik sebelum aku berkahwin, (ye ar...aku anak pompuan abah yg paling nakal) namun sejak dia sakit, aku rase takut sngt. takut kehilangan dia. aku tak sempat lagi nk berbakti sepenuhnya pada abah. aku nk tebus balik segala kesalahan aku selama nih pada dia. sbb tuh aku sanggup berkorban cuti tahunan aku untuk bawak dia g spital tetiap bulan. aku gak lar yg akan bawak abah kalau dia sakit tengah2 mlm. malah, aku sanggup tinggalkan anak n suami untuk tido kt hospital temankan abah. nasib baik suami aku nih mmg memahami. walaupun ada byk benda yg kiteorang tak sefahaman, tapi bab nih, dia mmg menyokong aku sepenuhnya. terima kasih, abang. aku harap abah dapat rasakan kasih sayang aku yg selama nih tak sempat aku tunjukkan waktu dia masih sihat. aku sayang abah, tapi mungkin sebab hubungan kami yg tak berapa baik, membuatkan aku malu nk tunjukkan kasih sayang kat dia. hanya dengan cara cam nie, aku dapat tunjukkan rase syang aku pada abah...
abah....ketahuilah bahawa anak abah nih, sangat sayangkan abah.........
semoga abah cepat sembuh...hu...hu...

Sunday, April 12, 2009

BULAN MENJADI SAKSI

Inilah bulan saksi cinta aku ngan suami. memalam tak dek keje, amik gamba bulan. bukan senang dapat lepak berdua sambil tengok bulan. selalu sibuk ngan anak2. mlm tadik dorang tido awal, dapat la dating...he..he... cantik kan gamba bulan nih...suami aku cakap, kalau ada peluang, dia nk g bulan. aku tak nak ar...biarlah dia g sensorang....



SELAMAT PENGANTIN BARU

Tanggal 29 mac 2009, my best partner kt opis aku kawin. selamat pengantin baru pada diana n kamarul. semoga tabah melayari bahtera perkahwinan. tapi gamba nih mase majlis menyambut menantu kat kampung kamarul pada 5/4/09. sebenarnya kamarul nih satu opis gak ngan aku. tht y aku n office mate sume g umah dia gak kat senawang. jauh gak perjalanan nk ke rumah marul nih. office mate aku sume g sendirian berhad. memula janji nk konvoi. tapi disebabkan sume orang dari haluan yg berbeza, maka keputusan diambil untuk g sendirian berhad lar. bos aku g dari P.D. aku dari pahang. yg sorang g tuh dari pasoh 1. yg sorang dari muar. macam member2 internet pulak. padahal satu opis. tapi datang dari lelain lak, kan? sebenarnya kiteorang sume lek kampung minggu tuh. tu yg datang dari port jauh2 tuh. he...he...cam pakat2 lak lek kg. cume bos aku jek, g bercuti kat PD. perjalanan aku dari pahang ke kg marul memakan mase 2 jam gak lar. jalan punye la penin. bukan susah. tpi byk kona2. alhamdulillah, kali nih aku ok lak. tak cam g cameron hari tuh. 10x benti sbb aku muntah. kali nih aku langsung tak muntak pun. mungkin gak sebab aku dh standby minyak kapak. so, kurang ar mabuk kete tuh.....




MAXIS BROADBAND

akhirnya berjaya gak aku beli broadband aku sendiri. memula ingat nk beli celcom broadband. tapi aku kan pengguna maxis post paid, kebetulan ada promotion dengan harga RM88 sebulan, aku leh melayari internet dengan speed yg agak laju gak lar. kalau ikutkan pakej nih harga dia rm118. tapi disebabkan promotion, aku cume perlu byr rm88 jek. nasib baik kat umah aku nih ada line. rupanya masa aku pinjam member aku nye tuh, yang pakej murah. modem pun stock yg besar punye tuh. patut ar tak dapat. nasib baik bile gune usb modem, leh pulak. ok la kengkawan. pas nih hari sabtu pun leh ym ngan korang. hu..hu...