Cinta??????
Apakah makna CINTA? Tidak seorangpun mampu menafsirkannya dengan tepat... Jawapan yang sering singgah dicuping telinga adalah "suatu perasaan sayang oleh seseorang lelaki kepada perempuan dan sebaliknya". Namun sedarkah ungkapan itu hanya meluahkan rasa kasih sayang dan tidak memaksudkan apakah itu CINTA? Mungkin si pencipta perkataan CINTA itu sendiri juga tidak mampu mentafsir apakah makna sebenar perkataan CINTA. Namun cinta sering berkait rapat dengan perasaan saling kasih mengasihi diantara seorang manusia dengan manusia lain. CINTA juga bisa membuang rasa hormat dan maruah diri. Dan kerana CINTA juga ada manusia yang sanggup berbunuhan. CINTA bukanlah suatu perasaan yang buruk dan harus dielakkan. Adakalanya kerana CINTA seseorang itu berubah laku dari tidak disenangi kepada yang sangat dihormati. CINTA juga bagaikan satu suntikan semangat untuk melakukan perkara2 yang bukan keinginan hati. Adakalanya CINTA membuatkan manusia alpa pada hukum Tuhan Maha Pencipta. Dan kerana mabuk CINTA juga banyak benih-benih hidup subur dikantung rahim wanita yang belum berkahwin. Jika dinilai, pasti tafsiran diakal fikiran adalah CINTA amat menggerunkan dan harus dielakkan kerana ia hanya mengundang sikap2 negatif daripada positif. Namun jika ia ditafsir dari sudut yang sedikit berbeza, ramai yang berpendapat CINTA harus ada pada setiap diri manusia, barulah keamanan akan wujud didunia ini.....
islamic calendar
Tuesday, April 28, 2009
CINTA..................Baik & Buruk
Posted by lannida at 12:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
betul3x
Post a Comment