"Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. ibu menggoncang-goncang dan meraup butiran beras didalam tin itu. hanya ada 2 tin susu sahaja yang masih berbaki. beras sudah hampir habis rupanya. pada siapa la ibu ingin mengadu? pada ayah? saya tahu ibu tidak mahu memikirkan perkara itu. ibu mengerling kearah kami yang masih belum makan. saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian memasukkannya kedalam periuk. air dituang sehingga penuh. setelah hampir setengah jam, ibu masukkan kedalam 10 buah pinggan yang sudah tersedia. bubur nasi itu berasap. seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yg paling bongsu. makanlah kami 10 beradik ini sehingga pinggan kami licin. malam itu kami tidur dengan nyenyaknya. pagi kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan ibu menyalakan api untuk memasak. ibu mengambil baki beras dalam tin susu. sekali lagi ibu membuat bubur cair. seperti semalam juga kami menghirup bubur sehingga habis. walaupun cair, saya rasakan ianya begitu enak sekali. kami mengadu tidak cukup, tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami. tengah hari itu pun begitu. bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. setiap kali waktu makan saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. mungkn ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. mungkin juga ibu bersyukur kerana walaupun hidup miskin dan susah tetapi kami tidak meminta-minta. kemudian saya lihat ibu berpaling kebelakang. masuk hari ke3, kakak sulung memandang kearah ibu yg sedang duduk membelakangi kami adik beradik. saya tidak menyangka seperti saya kakak juga perasan ibu akan membelakangi kami semasa menikmati bubur cairnya. yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk. saya tidak tahu kenapa. adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu. atau ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan. perlahan-lahan kakak mengengsotkan badannya mendekati ibu. alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa2nya ibu hanya melaga2kan sudu didalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. tiada sebutir bubur nasi pun didalam mangkuk ibu. kakak segera berbisik kepada kami yang duduk disekelilingnya. adik beradik yg lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yg bongsu. kemudian kami 10 beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi buat ibu. kami sedih. kami tahu ibu sedang kelaparan tetap ibu tidak mahu memberitahu kami. ibu berkorban untuk kami. ibu sengaja melaga2kan sudunya dengan mangkuk untuk membohongi kami seolah2 ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya. setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengengsot merapati ibu. kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi. makanlah, mak. kata kakak perlahan. ibu berpaling memandang kakak. tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun kemudian terus berlari kebilik dan menutup pintu. kami hanya mampu milhat titisan2 air mata ibu berciciran dilantai sehingga kepintu bilik............"
sedihnya cite nih. menangis bile baca artikel nih dalam mastika keluaran Mei 2009. aku betul2 tersentuh. alangkah bertuahnya hidup kita yang penuh sempurna. tetapi kenapa ada anak2 yang tak tahu menghargai ibu mereka ek? berbaktilah sementara mereka masih ada. pengorbanan seorang ibu mmg tidak ada nilainya dengan harta benda atau wang ringgit. mak....sayang mak...
anak2 mama sayang mama tak?
islamic calendar
Friday, April 17, 2009
PENGORBANAN SEORANG IBU...........
Posted by lannida at 8:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
hati seorg ibu kan..sanggup berkorban utk ank2 mereka..sayang ayah pun tak sebanyak sayang ibu tau
Post a Comment