Lama aku tak menulis kan? Aku masih dalam tempoh berkabung. Aku baru kehilangan abah. Tapi aku redha diatas ketentuan Illahi. Dah lama abah menderita penyakit buah pinggang. Hospital selayang tuh dah macam rumah kedua abah. Memang aku sedih. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur kerana penderitaan penyakit buah pinggang yang dialaminya telah pun berakhir. Tanggal 4/07/09 akan kekal segar dalam ingatan aku. Pagi itu aku sempat lagi menulis blog aku. Aku bercuti hujung minggu hari itu. Selesai menulis blog, aku terus mandi dan keluar beli sarapan untuk suami dan anak2. Selesai bersarapan, aku mengajak suami keluar berjalan-jalan. Tapi suami aku menolak, mengatakan dia masih keletihan. Dia ingin berehat sebentar. Aku yang kebosanan terus memasang dvd korean series “My Girl” yang ku kirim beli dengan kakak ipar bos aku sewaktu diaorang ke Penang tempohari. Habis satu episod cerita korean tuh, aku dapat panggilan. Aku tengok nombor mak. Aku pun terus mengangkat dengan tanpa rasa cemas. Sebab mak memang selalu telefon waktu cam tuh. Mesti suruh datang rumah dia, sebab rindu dengan si kembar. Kebetulan malam sebelumnya aku tak pergi rumah mak. Balik keje tuh, aku letih gila. Tu yang tak pegi umah mak. Apabila aku jawab telefon, adik ipar aku suruh aku datang rumah. Aku tanya kenapa. Dia kata abah tak boleh bercakap dan tak boleh makan. Aku dengan tak dek rasa apa-apa, terus kejutkan suami aku. Aku minta izin nak ke rumah mak. Selalunya kalau aku dengar berita tentang abah, aku akan cemas. Tapi entah kenapa hari itu aku terlalu tenang. Kebetulan suami aku nak ikut aku kerumah mak. Sementara tunggu suami aku bersiap, aku pun menyiapkan si kembar. Sampai jek kat rumah mak, aku terus meluru melihat abah. Aku lihat keadaannya agak mencemaskan. Nafasnya tercungap-cungap. Aku terus duduk disisinya sambil mengurut-urut dadanya. Aku tanya pada abah “Abah sakit?”,. Abah hanya mengangguk. Aku tanya lagi kat bahagian mana yang sakit. Dia jawab seluruh badan. Hatiku terus berdetak. Tapi kemungkinan itu kutolak ketepi dahulu. Aku menjadi sangat tenang waktu itu. Langsung tak ada air mata menitis walaupun mak dan kak long dah bercucuran air mata. Aku terus ajak suami bawa abah ke hospital. Suami cari orang untuk tolong dia angkat abah. Setelah beberapa kali mencuba untuk mengangkat abah, kami tidak berjaya. Ini disebabkan oleh badan abah yang lemah dan tidak berdaya. Dia juga tidak berdaya untuk duduk dengan betul kerana sebelah badannya tidak dapat digerakkan. Aku mengambil keputusan untuk menelefon ambulan untuk membawa abah ke hospital. 20 minit kemudian, ambulan dari hospital sungai buloh tiba. Abah terus dibawa kehospital dengan kadar segera. Aku dan suami mengikut ambulan dengan kereta. Tapi kami tiba lewat 15 minit dari ambulan kerana kami mengisi minyak kereta. Aku anak pertama yang tiba di hospital. Kak long, mak dan adik sampai 10 minit selepas itu. Waktu aku sampai di hospital, aku terus meluru bertemu doktor. Hatiku terus luluh bila doktor menyatakan bahawa keadaan abah sangat kritikal. Aku takut kemungkinan itu akan berlaku. Aku terus menghubungi dua orang lagi kakakku di kampung, nyatakan tentang keadaan abah. Kak ngah terus bergegas pulang. Dia yang masih berkerja, terus sahaja meninggalkan kerjanya. Tpi kak cik, masih tiada tindakan. Dia sekadar meminta aku memaklumkan keadaan abah dari semasa ke semasa. Aku sedih dengan kenyataannya. Dah la selama ni, sewaktu aku kata abah tengah sakit terlantar, belum ada satu hari pun, yang dia pulang menjenguk. Sedang di saat abah kritikal ni pun, dia boleh berkira-kira lagi nak balik atau tidak. Aku yang dah tak kuasa nak bercakap dengan dia, terus sahaja memutuskan panggilan. Aku rasa kecewa dengan dia. Tepat pukul 3.20 kak ngah tiba dihospital. Dia sempat berjumpa abah dan mengatakan dia dah sampai. Abah hanya mengangguk. Tapi keadaannya masih berbahaya. Doktor mengambil keputusan untuk transfer abah ke selayang hospital. Sebab di sana ada pakar buah pinggang. Tepat jam 3.45 kami bergerak mengiringi abah ke selayang. Hanya mak yang menaiki ambulan menemani abah. Aku, kak ngah dan adik menaiki kereta ke hospital. Kak long, suami dan anak2 angah terus pulang kerumah. Sampai di taman ehsan, kak long telefon mengatakan bahawa abah masih dihospital sungai buloh. Ada masalah untuk transfer abah ke selayang. Aku terus kol mak, dan mak pun menyatakan perkara yang sama. Kami berbincang sesama sendiri, dan mengambil keputusan untuk tidak patah balik. Sementara menunggu panggilan mak, kami mengisi perut yang dah berbunyi2. Walaupun tidak berselera, kami tetap kene mengisi perut juga. Selesai makan, mak telefon mengatakan mereka sudah dalam perjalanan. Kami terus membayar makanan, dan bergegas ke hospital selayang. Sampai di hospital ambulan abah telah tiba. Setelah selesai pendaftaran, abah di tempatkan di wad 7A katil 6. Kami terus menuruti abah di wad berkenaan. Sampai di wad, doktor sedang merawat abah. Kami hanya menanti dengan debaran. Kemudian doktor menemui kami, dan menyatakan bahawa keadaan abah sangat kritikal. Waktu inilah, barula airmataku laju menuruni pipi. Aku faham bahasa seorang doktor, sekiranya dia menyatakan keadaan kritikal, bermakna tidak ada harapan lagi. Lagipun doktor menasihatkan kami menghubungi seluruh ahli keluarga dan berharap bahawa kami tidak meninggalkan abah. Kami terus menghubungi semua adik beradik abah dan mak untuk memaklumkan keadaan abah. Melihat keadaan abah yang terlantar dengan alat bantuan pernafasan, aku tak mampu menahan sebak didada. Aku menangis. Selama ini aku telah melihat keadaan abah dari masa ke semasa. Tpi aku dapat merasakan bahawa hari itu aku akan melihatnya untuk kali terakhir. Aku benar2 sedih. Aku hubungi suami di rumah. Dia terpaksa menjaga si kembar. Dia hanya sekadar menenangkan dan menasihatkan agar aku tabah menerima ujian Allah s.w.t kali ini. Dia menyuruhku terus berdoa agar abah selamat.
Selesai aku bersolat maghrib, doktor datang memeriksa abah. Kali ini kenyataan doktor benar-benar menguatkan rasa hati aku. Abah semakin kritikal. Tekanan darahnya semakin menurun. Aku masih tetap setia membacakan yassin untuk abah sejak dari mula kami tiba di hospital selayang ini. Kak ngah dan mak silih berganti mengajar abah mengucap. Aku pun setelah selesai membaca yassin, akan membisikkan kalimat Allah ditelinga abah. Aku syukur kerana abah tidak kelu. Walaupun tidak ada butiran kalimat keluar dari mulutnya, namun pergerakan bibirnya menyatakan bahawa dia sedang berzikir bersamaku. Sepanjang malam itu, kami tidak berhenti melakukan yang terbaik untuknya. Tepat jam 9 malam, semua anak2 abah telah berkumpul kecuali kak cik yang masih dalam perjalanan. Kalaulah dia dengar kata aku siang tadi, tentu saat ini dia juga dapat berkumpul bersama kami. Setengah jam selepas itu, Sani terpaksa pulang sebab anaknya tidak berhenti2 menangis. Mungkin petanda buat kami, tapi kami tidak mengerti. Sewaktu sani membisikkan ke telinga abah bahawa dia terpaksa pulang aku lihat ada air mata yang bergenang ditubir mata abah. Dia menggenggam erat tangan sani. Aku semakin sayu melihat keadaan itu. yassin yang ku baca rasa tersekat2 dek sendu yang beraja. Jam 10.30 doktor menemui kami. Dia ingin mendapatkan darah abah untuk diuji. Sejurus sebelum itu, kami sempat membasahkan tekak abah dengan air yang kami basahkan dibibirnya yang kering. Sewaktu doktor dan nurse sedang berkerumun untuk mengambil darah abah, dari celahan kain yang terbuka, aku dapat melihat keadaan abah semakin kritikal. Aku lihat abah tidak lagi menyahut apabila dipanggil. Nurse dan doktor semua telah berkumpul di katil abah. Aku dapat menjangkakan sesuatu telah berlaku. Tepat jam 11, doktor mendapatkan aku dan kak ngah yang masih berada disitu. Kak long, mak dan adik sedang berehat di ruang menunggu. Doktor menyatakan bahawa jantung abah telah berhenti 10 min yang lalu. Dia berjaya mendapatkan jantung abah kembali setelah berusaha melakukan CPR. Tapi dia tidak jamin berapa lama jantung abah mampu berfungsi. Airmataku semakin laju menuruni pipi. Aku terus memaklumkan kepada kak long, mak dan adik. Masing2 luluh. Sewaktu kami menemui abah, seorang nurse sedang membantu mengepam jantung abah. Kami terus membacakan yassin untuk abah. Waktu itu juga, adik abah dari sg besi tiba. Aku dan mak cik membacakan yassin. Kak long, mak, kak ngah dan adik bersilih ganti membisikkan kalimat Allah di telinganya. Tepat jam 11.25 abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kami sekeluarga pasrah dan redha. Saat itu, aku dapat merasakan bahawa aku telah kehilangan abah yang selama ini aku kasihi. Saat itu juga terbayang saat2 aku pernah menderhaka padanya. Ya Allah, ampunilah hambamu ini. Ampunkan Ida, abah. Selesai mendapat pengesahan daripada doktor, jenazah abah dihantar kebilik mayat. Kebetulan brader yang keje kat bilik mayat tu offer supaya jenazah abah siap dimandi dan dikapankan di hospital. Mulanya mak tak setuju sebab dia nak jenazah abah di mandikan dirumah. Tapi setelah kami semua berbincang dan mengambil kira tempat dan orang2 yang akan memandikan jenazah abah, kami nekad menerima tawaran hospital. Jenazah abah di bawa balik kerumah setelah siap dimandi dan dikapankan. Jenazah tiba dirumah tepat jam 4 pagi. Sepanjang malam sehingga jenazah abah dibawa untuk disembahyang dan dikebumikan pada pukul 9.30 pagi, aku dan kak cik bergilir-gilir membacakan yassin dan al-quran untuk jenazah. Walaupun mata aku dah semakin layu, kepala aku dah rasa berdenyut, namun aku tetap gagahkan diri untuk menjaga jenazah abah. Aku ingin mengikut jenazah abah dikebumikan. Tapi apakan daya, anak2 aku tak mahu ditinggalkan. Aku sekadar mewakilkan suami pergi menguruskannya. 3 hari selepas pemergian abah, baru kami adik beradik menziarahi pusara abah. Walaupun telah 5 hari berlalu, namun ingatan pada abah semakin kukuh. Dan seolah-olah sukar untuk kukikis dari ingatanku. Setiap kali selepas bersolat, aku pasti mendoakan untuk arwah dan setiap kali itulah air mataku tidak kering mengalir. Aku masih belum kuat untuk pulih seperti sediakala. Keadaan semakin syahdu, lebih-lebih lagi selesai bersolat maghrib. Saat itu, ingatan terhadap abah terlalu segar. Semoga roh abah aman di sana. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga dijauhkan dia dari azab siksaan kubur dan api neraka... amin.... Abah, anakmu ini memohon ampun dan maaf sekiranya selama ini anakmu ini terlalu banyak melukai hatimu. Anakmu ini terlalu kerap menyakitimu. Anakmu ini sering membuatmu kecewa. Aku berjanji, aku akan berubah menjadi anak yang solehah untuk mendoakan mu, disana. Al Fatihah buat arwah Jahari bin Ismail.
islamic calendar
Thursday, July 9, 2009
Al Fatihah buat ayahandaku Jahari b Ismail
Posted by lannida at 8:48 AM 3 comments
Saturday, July 4, 2009
Cerita Sabtu
Yey! Coti ujung minggu lagi. saat yang paling menggembirakan. aku suka kerja sebab dapat gaji. tapi aku bosan jugak nak keje. ada tak benda yang aku leh buat kalau aku cume nak gaji tapi tak nak keje? he..he... Pelik tul. pagi nih awal betol aku bangun. selalu kalau ari keje kemain liat lagi nk bangun. selalunya lepas subuh mesti nk tido balik. kekadang sampai terbabas. tapi hari nih lain lar pulak. lepas subuh lansung tak nak tido. mata aku nih mmg jeles lar ngan aku. dia tak kasik aku tido sebb nnti aku tido smpi tengahari kut. suke ati aku ler mata. ko jeles pesal pulak? sekurang2nya ko dapat berehat lama. apa aku nak buat pepagi buta nih? erm...nk wat sarapan aku malas. sambung novel aku ler....bagus gak... okeyla..cau cin cau...
Posted by lannida at 7:59 AM 0 comments
Friday, July 3, 2009
Gumbira vs Sedih....
Gumbira kan bile mendapat berita tentang bakal kelahiran zuriat kita? Apa lagi ia adalah tanda cinta antara kita dan pasangan... Tapi bukan aku yang ada berita gumbira tuh...InsyaAllah... rezeki aku akan tiba jua nanti. sebenarnya aku nk congrats to my best partner kerana disahkan pregnant 7 week. Menyegih jerk dia.... Sonok gler... ye ar.. dia tuh dh lar ada masalah period tak teratur. bile di sahkan mengandung, mau nye tak sonok. Tapi dalam orang meniti keseronokan untuk menimang cahaya mata, aku masih diselubungi kesedihan. Semalam aku puasa. pas tuh teringin nak makan murtabak. aku pun pegi pasar paya jaras. pas tuh teringat pulak abah suke makan putu mayam. kebetulan kat pasar tuh ada orang jual putu mayam. aku pun belikan tuk abah. lepas isya' aku pun g umah mak. bagi abah makan putu mayam. baru secubit masuk mulut dia, tetiba dia muntah balik. kesiannya aku masa tengok dia cuba untuk muntahkan balik makanan dia tuh. peritnya tak dapat aku bayangkan. kasihannya.... Setiap manusia berlainan ujiannya. tak sangka agak berat ujian untuk abah dan kami sekeluarga. semakin hari, aku merasakan abah semakin kritikal. yang lebih menyedihkan, di saat dia memerlukan, anak2 payah sangat nak menjenguk dan menghulurkan bantuan. tak terdaya hanya aku seorang yang bersusah payah untuk abah. sedangkan abah sanggup bersusah payah membanting tulang untuk hidup kami 6 beradik. mana pergi kesemua adik beradik yang lain? aku bole terima kalau kerja jadi alasan, tapi tak kan la sampai tak dek langsung sehari untuk bercuti menjenguk abah? yang lebih pedih apabila kenduri orang lain jadi alasan untuk tidak balik bertemu abah? Kenapa? Mengapa? kalian semua tak bole fikir ker? apa yang korang buat hari ni, tak mustahil untuk anak2 korang akan buat jugak satu hari nanti? sekurang-kurangnya kalau korang sume balik, aku ada gak teman-teman untuk aku berbincang apa yang terbaik untuk kita lakukan pada abah? sakit hati aku dah tak terkira. Aku tak berhak nak marah korang? sebab aku yg paling muda antara korang. tapi kenapa aku yang muda lebih risaukan abah? sebab aku yang paling dekat dengan abah? tapi korang ingat tak? aku anak yang paling abah tak suke sebab terlalu banyak memalukan, menyakitkan dan melukakan hati dan perasaan dia? sedangkan korang sume anak kesayangan dia. sebab korang tak pernah ingkar padanya. aku anak yang paling kuat melawan. tapi hari ini, aku anak yang paling sayangkan dia. aku tak kata yg korang tak sayang dia, tapi aku tak nampak bagaimana cara korang menunjukkan kasih sayang? adakah dengan tidak balik menjenguk dia w.pun dia dalam keadaan tenat nih, tanda korang sayang dia? adakah setakat menghulur rm10-20 tu sbg tanda cinta korang? sedarlah...wahai kakak2ku. adik mu di sini amat memerlukan korang. balik lar....
Posted by lannida at 10:26 AM 2 comments
Thursday, July 2, 2009
LALAIKAH KITA?
Pelik manusia nih sebenarnya. Belajar tentang agama, solat lima waktu tak pernah lalai, mengaji dengan lunak, tapi lupa kedua ibubapa. Kekadang tak paham, lebih baik orang yg melalak 24 jam, lalai menunaikan kewajipan kepada Yang Esa, namun berbakti kepada kedua orang tua tak pernah diabai. Yang lebih menyedihkan, apabila segala harta orang tua itu, digolok digadai. Maklumlah, orang tua. Bukannya dapat mengingati semua perkara. Adakalanya nama penuh sendiri pun dilupa. Anak2 yang tidak mengenal dek untung itu, dengan sewenangnya mengaut segala keuntungan. Sedangkan anak yang taat dan setia berbakti kepada orang tuanya, hanya sekadar melihat perbalahan mereka merebut harta pusaka dan peninggalan orang tuanya. hairan kan? mengapakah ada manusia yang tergamak begitu? Mungkin mereka masih belum diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t. Semoga janganlah kita tergolong dalam manusia2 yang seperti itu. selagi punya dan kesempatan, berbaktilah kepada orang tua kita sedayanya. Usah di sesali setelah mereka meninggalkan kita buat selamanya. Sedarlah kita bahawa kehidupan kita ini adalah umpama sebuah putaran merry brwon (pinjam ayat zura). Segala yang kita lakukan saat ini, tidak mustahil untuk kita terimanya dimasa hadapan. beringatla....
Posted by lannida at 4:55 PM 2 comments
semakin teruk
Adush! tekak aku semakin sakit. perit sesangat. nak2 lagi mase bangun tidur. macam nak telan pasir. kesat semacam. skang suara aku pun dah berubah. dah tak merdu cam siti nurhaliza lagi. dah tak bole k'oke.
bapak aku semakin teruk. skang nih memang langsung dah tak bole bangun dari katil. semalam dia kene cirit birit. hampir 10 kali berak2. sian kat mak. dah la abah tak bole bangun, mak terpaksa kene cuci najis abah kat katil jerk. aku dah ajak mak, bawak abah g klinik. tapi mak biasalar... tak nak bawak abah g spital. takut nanti dorang buat bukan2 kat abah. tau2 jerk lar, kalau kat spital, ada jerk yang dorang nak kaji. cucuk sana sini. mak tak sampai hati. tapi aku lagi tak sampai ati tengok mak aku susah payah cam tuh. mak pun bukan sihat sangat. dia ada darah tinggi. takut bile terlalu tensen, nanti dia pulak yang pensan. lagi haru biru. si adik yang kat umah tuh langsung tak bole harap. melalak 24 jam. abiskan duit mak. sian nye orang tua aku. kalau lar aku tak punye byk komitmen, dah lama aku benti keje and tolong mak jaga abah. abah pun dah semakin kurus skang nih. badan dia tinggal kulit dan tulang jerk. mana tidaknya, makan pun tak mahu. semalam masa bagi dia minum air milo, bersembur keluar balik. dia muntah. aku kol adik beradik yg lain, tapi memasing pun ada komitmen sendiri. mungkin dorang akan balik ujung minggu nih. ye lar, aku pun paham masalah memasing. aku harap, Allah kuatkanlah semangat kami sekeluarga menghadapi keadaan abah yang semakin serius tu...Amin...
Posted by lannida at 12:40 PM 1 comments
Wednesday, July 1, 2009
New item in my blog
He...he... thank to ra again. tolong aku wat signature. nasib baik lar ra nih ada free ari nih. Aku kene selesema lar skang nih. tekak pun perit. mlm tadik dh g klinik. ye ar...risau gak musim2 selesema H1N1 nie. Ish...Nauzubillah...mintak dijauhkan dari aku dan kaum keluarga serta sahabat handai aku... Amin.... Tapi memang tak selesa ler. rase tak sedap badan. tapi tak demam. walau apa pun, aku tetap gagahkan diri untuk g kerja. sekurang-kurangnya ada gak member2 kat sini. kalau duk umah....sensorang lar jawabnya. lagi bosan. Jumaat lepas aku g makan kat Group base ngan member2 opis aku. tengah2 makan tuh, aku nampak ada 2 orang wanita yang sedang pregnant. yang pelik tuh, pandai lak dia pilih geng. sama2 boyot. bila dorang makin hampir, baru aku perasan yang salah sorang tuh, member skolah aku rupanya. si Anith Liyana.... Ish! Ish! Berubah betol dia skang. patut lar aku tak cam. dia sedang pregnant for 2nd bby. anak dia yg sulung dah 2 tahun. ni yang payah bile jmpe member2 and tanya pasal anak. sume tanya bile aku nk tambah bby lagi.... Pada aku, anak2 aku masih kecik. G pun aku dapat pakej, so kene lar bagi rehat lama sket...he..he... Insya Allah, ada rezeki Allah aku terima dengan redha...Biar la wat masa skang nih, bagi twin aku manja puas2. Biar dorang rase kasih sayang kami secukupnya....Mama, luv u adik n kakak. Abang (suami ku ler) pun mama sayang....hu..hu..
Posted by lannida at 2:55 PM 1 comments
Tuesday, June 30, 2009
Blog aku berwajah baru
Caya lar, Ra! Thank you to renovate my blog. Maklumlar...dulu mase blajo IT, separuh jalan. Sebab tuh tak tau nk update blog cantik2 cam korang punye. Create blog pun, ena yg tolong. Klaka kan?
Lama tak menulis.... nak kata bz sngt pun tak gak. tapi cam kekeringan idea. ye ar...sume idea aku dh dikerah untuk menghasilkan novel dan cerpen. Ish! cam poyo jerk nk jadik penulis... Mana lar tau satu hari nanti, kan?
Skang nih 8tv tak dek korean series yang beh ler... bosan tahap gaban.... nasib baik bos aku g penang last week. aku kirim beli korean series... sekali rupanya, aku dh tengok citer tuh. tapi tak pe ar...sbb cite korean, and mamat actor tuh ensem, aku layan gak lar...
Kepada kengkawanku, kalau sesapa ada cd korean series yg beh2, tolong lar forward kat aku. aku dah bosan gler skang nih...
okeh lar...cau cin cau...
len kali ada idea, aku update ek....
salam...
Posted by lannida at 4:12 PM 0 comments





